Trying To Be More Discreet

Sebenar-benarnya saya ni open sangat orangnya.

Pendek kata, ‘my life is an open secret’.

 

Sesiapa yang rapat dengan saya tahu saya tak suka cover-cover. What you see is what you get. What you read is what i am.

 

Tapi bila dah makin dewasa ni, rasa makin takut nak terlalu expose diri sendiri dan keluarga.

Sebab tu sekarang cuma tulis je dan tak share gambar sangat.

 

Risau keselamatan keluarga. Risau ada pihak berniat jahat yang boleh guna maklumat untuk kepentingan diorang.

Bila baca komen-komen negatif tentang blogger lain, memang rasa insaf sangat. Ternyata ada harga tinggi yang perlu dibayar apabila kita sudah popular.

 

Kalau dulu kemain bagitau orang pasal saya ada blog. Jemputlah baca blog saya.

Tapi sekarang ni suami nak baca pun rasa malu.

Dan bila ada seseorang yang cakap dia baca blog saya, serious rasa segan sangat.

 

Sebab tu kadang-kadang lama tak update blog. Banyak benda nak share. Banyak berita gembira. Banyak tempat makan best. Banyak aktiviti dengan family yang best.

Tapi bila fikir punya fikir punya fikir, tak perlu tulislah. Save memori dalam kepala jelah.

 

Dalam minggu ni terbaca beberapa blog yang sangat menarik tetapi tidak terlalu mendedahkan diri dan aktiviti seharian penulis.

Pendek kata, tulisannya bermanfaat dan menghiburkan, tetapi pada masa yang sama penulisnya tidaklah berkongsi tentang diri mereka sepenuhnya.

So insyaAllah nak cuba jenis penulisan macam tu pulak.

 

1512349_10152083454807863_1623325697_n

 

 

Tadi ternampak status kat atas ni di FB Brian Tracy.

Sebagai seorang salesman, saya setuju sangat sangat sangat dengan status ni.

Berdasarkan pengalaman, ramai orang yang kononnya tak tergamak nak bagitahu bahawa mereka tidak berminat dengan produk kita, tapi mereka seolah-olah memberi harapan @ janji palsu kepada kita.

Contoh masa buat roadshow, saya pernah approach seorang prospek lelaki dan dia menunjukkan minat untuk melabur dan siap bagi no telefon.

Bila saya call, rupa-rupanya dia bagi nombor kawan dia.

Yang paling geram, pernah beberapa kali prospek bersetuju untuk berjumpa tapi end up dia tak datang. Serius sakit hati sangat dengan orang macam ni.

Kalau taknak, cakap jelah taknak. Salesman ni taklah kecewa sangat. Kami faham ada 1001 alasan kenapa orang taknak.

Tapi kalau dah bagi harapan tapi tak muncul masa appointment, memang betul-betul bikin panas.

 

So sekarang ni saya dah jadi agak ganas.

Kalau pergi shopping mall dan ada orang bagi flyers, saya akan ambil flyers yang saya berminat sahaja. Yang saya tak berminat, memang saya takkan ambil.

Ada juga sesetengah salesman yang tetap nak bagi. Mungkin diorang ni jenis yang dapat flyers secara percuma dari syarikat. Kalau dengan Public Mutual, ejen kena beli sendiri semua flyers.

Jadi saya memang tak kecik hati kalau orang taknak amik. Daripada dia amik dan buang je flyers tu, baiklah dia terus reject dari awal dan saya pun dapat jimatkan flyers saya.

 

Dalam minggu ni pun, masa saya tengah stress dengan keadaan outlet, ada seorang insurans ejen yang newbie datang.

Katanya nak buat research pasal simpanan haji.

Saya terus cakap, maaf tak berminat. Dan dia macam terkejut sangat dengan penolakan saya dan terus beredar.

Begitu juga dengan ejen insurans yang selalu je call untuk offer insurans PA dan sebagainya. Memang awal-awal saya reject. Saya memang tak berminat. Jadi baiklah saya tolak awal-awal dan masa dia pun boleh digunakan untuk call orang lain yang mungkin berminat.

 

Kadang-kadang rasa macam jahatnya aku ni.

Tapi seriously, takkan diorang ni expect semua orang nak. Memang akan ada rejection. Dan dari rejection tu la kita belajar macamana nak approach orang dengan lebih berkesan.

Kalau tak sanggup hadapi penolakan, jangan berangan nak berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *