Tora Datang Lagi…

Hi..

Dah seminggu tak update blog. Serius sibuk sangat sepanjang minggu ni.

Mencabar jadi usahawan.

Bila takde orang nak beli, cabarannya lain.

Bila ramai yang nak beli, cabarannya lain.

Bila tak mampu tampung permintaan, cabarannya lain.

Memang tak habis-habis dengan cabaran.

 

Sepanjang minggu ni order online tersangatlah banyak sampaikan production team tak mampu nak sediakan stok untuk outlet.

Dalam keadaan kekurangan staf, saya pun terpaksa sibuk menjahit dan seterusnya mengehadkan aktiviti lain yang lebih produktif.

 

Kerja sebenar yang paling saya suka adalah promosi dan customer service. Tapi dalam keadaan sekarang, memang takut nak buat promosi sebab kami pun tak mampu nak tampung permintaan dari promosi percuma.

 

Pagi semalam saya cuba iklankan jawatan kosong di IG dan FB dan lepas tu Boost Post.

Alhamdulillah ramai rupanya orang Kota Bharu yang nak kerja sebagai tukang jahit. Bertalu-talu orang call dan saya akhirnya saya pilih 5 orang terawal yang datang interview.

Esok pagi 3 orang akan datang untuk praktis menggunakan mesin jahit tepi. Lusa lagi 2 akan datang.

Dalam 5 orang ni, mungkin 4 orang bahagian menjahit dan sorang lagi diserap ke bahagian packing yang sekarang semakin sibuk.

 

Dengan ni, dah ada 10 orang Production Team yang bekerja di rumah saya. Rasa kelakar pun ada. Rasa tak bersedia pun ada. Rasa nak pindah pun ada. Hahaha…

Memang dulu masa saya pilih untuk menyewa di rumah ni, saya dah berangan nak jadikan tempat ni sebagai bengkel jahitan. Tingkat bawah tempat bekerja dan tingkat atas sebagai asrama pekerja.

 

InsyaAllah sekarang nak start kumpul duit untuk buat rumah di kawasan berdekatan dengan sekolah anak di Kubang Kerian.

 

Malam ni tak lena tidur memikirkan arrangement kerja untuk pekerja-pekerja baru. Apakah strategi terbaik. Patut buat dua syif ke. Patut tambah mesin jahit ke. Patut sediakan laptop baru ke.

Gigih dok fikir pasal bisnes padahal dari semalam dah start rasa contraction nak bersalin. Hahaha..

 

Pagi tadi dah standby baju nak ke hospital. Kononnya lepas dah bagitahu staf mana barang yang perlu dibuat dulu, bolehlah pergi ke hospital dan bersalin dengan aman. Yang bestnya, bila dah sibuk, kesakitan pun hilang. Sampai sekarang masih boleh bertahan lagi. Hihihi..

 

Taknak pergi hospital terlalu awal sebab taknak kena cek jalan banyak kali. Ngeri sangat membayangkan proses cek jalan.

Kalau boleh sampai hospital tu memang dah dengan bukaan 5-6cm. Pastu terus masuk labour room dan bersalin. Chewah.. kemain berangan.

 

Siang tadi salah seorang staf minta kebenaran nak OT dan bawa sekali 2 orang adik @ anak sedara dia yang sedang belajar dalam Darjah 5. Budak-budak tu nak kerja sebab nak duit.

Serba salah dibuatnya. Nak bagi kerja apalah agaknya untuk budak Darjah 5. Anak saya yang sulung pun Darjah 5 tapi setakat ni dia cuma tolong pegang kain yang nak dipotong dan buat kerja-kerja ringan je.

Taknak bagi datang, kesian pulak. So saya cakap bolehlah nak datang. Tapi apalah tugas yang nak diberikan ni. Rasa macam mengeksploitasi budak kecik pulak.

 

Tak sabarnya nak beroperasi sepenuhnya dengna 5 orang tukang jahit baru. Tak sabar nak tengok stok bersusun sebab sekarang memang tak sempat kumpul stok. Jahit, lipat, pos. Jahit, lipat, pos.

Tak sabar nak ada banyak stok dan agihkan pada semua outlet. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *