Tokey Melayu Ke?

Malam ni dapat soalan ini buat kesekian kalinya semasa saya bertugas di kiosk Benang Hijau AEON Bukit Indah menggantikan staf yang ada urusan.

Mula-mula saya jawab…

Ya, tokey Melayu.

 

Pastu rasa tak sedap hati kalau tak berterus terang. Jadi saya pun tambah lagi..

Sebenarnya, sayalah tokey. 🙂

 

Rasa tak sedap hati kalau tak cakap. Macam menipu pulak. Jadi terpaksalah cakap walaupun sebenarnya kurang suka dikenali.

Chewah.. kemain statement. Habis yang tulis blog ni kenapa? Bukankah nanti orang boleh baca jugak?

Hihihi.. tulis blog takpe. Sebab tak semua tahu saya ada blog. Lagipun blog ni dah jadi macam diari. Setiap hari kena tulis supaya akan datang saya tahu apakah aktiviti dan apakah perasaan saya dalam usaha menjadi usahawan berjaya. Hihihi..

Hari ni ada outlet yang sales banyakkkkk sangat. Ada yang sales ciput. Ada yang sales RM35 je dan tak lepas pun nak bayar gaji pekerja. Hahaha..

Tapi takpe, saya tak give up. Yang sales sikit tu sebab saya tak sempat nak hantar barang baru dan kedai pun tak setup sepenuhnya.

Dan Alhamdulillah ada beberapa outlet yang menghasilkan sales yang banyak dan konsisten setiap hari.

Tak sabar nak setup outlet baru di AEON Permas Jaya esok. Dan juga nak jumpa dua pekerja baru Benang Hijau. Sorang di AEON Bukit Indah dan seorang lagi di Umall.

Okay bye! 🙂

 

2 thoughts on “Tokey Melayu Ke?

    1. nurulnisa(bank rakyat taman u)

      as salam…kenal kita lg tak.nurul….wah td tgk tv3 , dgr nama tokey …mcm pernah dengar….goggle…wah tgk akak….tahniah dan semoga lebih berjaya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *