Tokey Kain Yang Terlampau

Semalam menguruskan kain-kain dan baju kurung yang baru sampai dari Vietnam di Benang Hijau Bangi.

Fuh…. macam nak patah pinggang uruskan order pelanggan.

Nasiblah ada 3 orang assistant semalam. Tu pun dah rasa nak nangis.

Tengah-tengah kelam kabut, ada pelanggan datang. Dan Alhamdulillah dia beli sepasang baju kurung dan dua helai kain. 🙂

Mula-mula asingkan kain yang dah diorder.

Pastu asingkan kain untuk dihantar ke setiap outlet. Pastu masukkan kain dalam kereta. Pastu hantar ke outlet Shah Alam.

Sampai di Shah Alam, kebetulan ada seorang pelanggan nak beli 12 helai kain Cotton. Terubat sikit keletihan angkut barang.

Dah settle urusan di Shah Alam, hantar kain ke outlet Seri Kembangan dan seterusnya hantar Hasni ke rumah.

Rasa tak larat sangat nak drive balik. Tapi dah tak sabar nak balik rumah. Jadi dalam pukul 11 macam tu bertolak balik ke JB.

Sampai di Nilai dalam pukul 11.30 malam, rasa mengantuk sangat dan saya singgah R&R Nilai dan tidur dalam kereta sampai pukul 7.30 pagi.

Sebenarnya risau jugak nak tidur dalam kereta. Dahlah banyak barang berharga. Hahaha.. poyo je kan. Okay tak. Saya tak banyak barang berharga. Tapi diri sayalah yang paling berharga. Hahaha..

Saya tidur betul-betul depan tangga untuk naik ke kawasan makan. Sengaja pilih lokasi depan tangga supaya lebih selamat.

Lagipun dah lewat malam kan. Orang pun tak nampak sangat. Lagipun saya tidur dengan sopan. Tak de hal punyalah…

Pukul 7.30 sambung perjalanan dan dalam pukul 10 lebih sampai di rumah yang manis.

Kali ni memang nekad nak pindah KL. Tak larat dah nak ulang alik JB – KL. InsyaAllah hujung tahun ni pindah.

Sekarang rasa nak duduk Bangi. Sebab ada sekolah Al Amin. Dan juga tak jauh dengan airport.

Okay bye. Nak siap-siap. Nak bawa Ali pergi ke outlet Skudai untuk hantar kain baru.

One thought on “Tokey Kain Yang Terlampau

  1. Mat Jem

    Huyooooo!!! Dasyat…..Tido kt RnR…. Saya pun pnh buat gitu…tido di RnR temerloh..masa tu hiway LPT baru siap..org pun tk ramai…disebabkan terlalu mengantok, tido lah di situ…sedar sedar ari dh cerah….

    Oklah..dah ambik langkah langkah keselamatan…park tempat yg selamat..kawasan org lalu lalang…

    Good Jobs….Semoga berjaya dalam bisnes..Welcome to bangi…bangi is a nice place…semua dekat…KL, Putrajaya, KLIA, nak ke johor pun senang, dh lepas jam di sg besi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *