Tips Untuk Sentiasa Sihat
Adalah dengan selalu buat apa yang kita suka.
Pada suatu hari semasa saya di tingkatan dua, saya menemani ayah saya ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan balik, tubuh saya rasa lemah sangat, badan panas, dan saya rasa macam nak demam.
Tiba-tiba..
Ayah saya offer,
Nak belajar bawak kereta tak?
Saya pun TERUS jadi sihat dan memandu kereta dengan gembira. 🙂
Baru-baru ni pun sama. Sebenarnya sebelum ke NSC tubuh saya lemah, hidung berair dan rasa macam nak demam.
Sebelum training pada pagi Ahad, saya minta sepupu saya, Kak Emelda Hanim tolong belikan satu paket tisu (untuk lap hidung yang dijangka akan terus berair).
Yang ajaibnya, sepanjang saya bercakap selama dua jam, saya langsung tak perlu gunakan tisu tu.
Selepas habis training, saya juga kembali sihat seperti sediakala.
Suami saya pun hairan dari mana datangnya kekuatan untuk saya berdiri dan bercakap selama dua jam dalam keadaan kurang sihat.
Kesimpulannya..
Kalau nak sentiasa sihat, selalu buat apa yang kita suka!
- Bila Terjumpa Blogger, Apa Anda Buat?
- Wordless Wednesday..
Emmmm….nampaknya kena cepat2 tukar apa yang saya suka buat laa…tiap2 hari rasa nak demam je ni. 🙂
Hahaha.. Ye kot.. Kena bertukar jadi UTC sepenuh masa kot. 🙂
kalau macam tu..hari2 kene shopping baju la..hehehe
Takpun buka butik dan shopping baju yang nak dijual. Best tau! (Berdasarkan pengalaman peribadi shopping tudung untuk dijual)
bila kita gembira, energi kita meningkat. minda separa sedar (sub-concious) yang 95% mengawal tubuh kita secara tidak langsung akan beri ‘arahan’ untuk organ dalaman supaya ‘gembira’ = self healing. penting ek suka apa kita buat, dan buat apa yang kita suka. hehe…
Yup. Suka apa yang kita buat dan buat apa yang kita suka! 🙂