Tips Untuk Roaming Di Luar Negara

Semasa saya ke Guangzhou bulan lepas, saya terus tutup handphone saya sebaik sahaja keluar dari Malaysia.

Tapi bila ramai klien yang tercari-cari konsultan yang tercomel ni, jadi kali ni untuk ke Vietnam saya takkan tutup.

Kepada rakan-rakan yang nak menggunakan perkhidmatan roaming, yang paling penting adalah pastikan anda deactivate (nyahaktif) voicemail anda.

Kalau tidak, anda akan dikenakan caj setiap kali panggilan masuk ke voicemail.

Untuk Digi, kita tak akan dikenakan sebarang caj jika kita menerima sms. Sebaliknya kalau kita membalas sms, membuat panggilan dan menerima panggilan, kita akan dikenakan caj RM0.99 sen bagi setiap sms dan bagi setiap minit kita berbual.

Saya plan untuk beli simcard vietnam (macam iTalk), masukkan di telefon lain, pastu call @ balas sms menggunakan simcard tersebut.

Untuk menggunakan perkhidmatan internet di Vietnam pula, cajnya adalah RM36 sehari. Yang ni memang saya tak akan guna. Sayang duit oo…

Yang penting, sebelum anda ke luar negara, hubungi customer service bagi talian yang anda gunakan dan dapatkan maklumat lanjut tentang kos yang digunakan untuk perkhidmatan roaming di luar negara.

Pagi esok saya akan bertolak ke Vietnam bersama suami. Doakan kami selamat pergi dan pulang. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *