Tips Untuk Bahagia : Jangan Terima Bulat-Bulat Apa Yang Disampaikan Oleh Orang Lain

Pada suatu masa dulu saya selalu sedih, rasa down, rasa macam orang tak suka saya dan macam-macam perasaan negatif.

Selepas beberapa lama, saya fikir dalam-dalam tentang perkara ni. Dan saya menyedari satu pattern.

Saya sedar bahawa saya selalu down bila bersama seorang kenalan bernama A.

Saya sedar bahawa saya jadi sedih kerana saya terima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh A.

Sebagai contoh A cakap,

Kau tahu tak, M tak suka kau. Aku pernah dengar M cakap kau ni tak boleh dipercayai.

Minggu lepas aku jumpa S. Dia kata kau sombong.

 

Bila saya sedar bahawa A sebenarnya cuba merosakkan kebahagiaan saya dan merosakkan hubungan saya dengan orang lain, saya mula mengabaikan apa jua yang diperkatakan oleh A. Dan Alhamdulillah saya menjadi orang yang lebih bahagia.

Pengalaman dengan A ini juga menjadikan saya kuat dan tidak mudah terima apa jua yang disampaikan oleh orang ketiga.

Ingat tak game yang selalu dilakukan di kursus-kursus motivasi di mana para peserta perlu menyampaikan maklumat kepada peserta lain dan apabila sampai ke peserta terakhir, maklumat tersebut akan menjadi sangat berbeza?

Inilah yang akan saya fikirkan sekiranya ada orang yang cuba untuk mengapi-apikan saya dengan orang lain.

Pada saya senang je. Selagi saya tak dengar dari mulut orang ketiga tu sendiri, saya takkan kecik hati.

One simple tip to stay happy always.
Never think & speak about a third person, and never think what a third person thinks & speaks about you.

Jika anda perpegang pada prinsip ni, anda akan menjadi seorang yang sangat bahagia.

One thought on “Tips Untuk Bahagia : Jangan Terima Bulat-Bulat Apa Yang Disampaikan Oleh Orang Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *