Ting Tong

Semalam tak boleh tidur. Dalam pukul 6 pagi baru terlelap.

Pukul 8 lebih bangun, siap-siap. Pukul 9 saya dan suami ambil staf di Mutiara Rini dan hantar ke Jusco Bukit Indah.

Saya pun duduk kat sini dalam 3 jam jugak. Tolong gantung dan susun stok terbaru.

Dalam pukul 11.30 gerak ke Jusco Permas Jaya. Nak jumpa dengan staf syarikat software Point Of Sales (POS).

 

Lepas dengar penerangan dan tengok demo, saya pun sama-sama ubah susunan barangan di outlet dan gantung-gantung shawl terbaru.

Masa kat sini, ternampak seorang pelanggan pakai Blouse Layla. Rasa gembira dan terharu sangat. Ala-ala fashion designer gitu. Hahaha..

Dalam pukul 2, rasa ting tong. Dah tak boleh berfikir dengan waras.

Lepas makan tengahari di Restoran Ayam Penyet Endang, dalam pukul 3 lebih bertolak balik. Kononnya nak singgah Airport Senai tapi kami sama-sama rasa tak larat sangat. Saya tertidur sepanjang perjalanan. Dan sampai rumah sambung tido lagi.

 

Sekarang pukul 7.41 malam. Kejap lagi nak gerak ke Airport Senai untuk hantar baju kurung dan shawl baru.

Memang sibuk sangat hari ni sebab nak settlekan semua urusan sebelum saya dan suami bertolak ke Vietnam esok pagi.

 

Tak sabar nak pilih material untuk baju kurung & blouse terbaru. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *