Ting Tong

Sebenarnya malam ni ting tong sikit.

Maklumlah dah bangun seawal 5 pagi dan seterusnya sibuk sepanjang hari.

 

Lepas hantar Abang Iqbal & Abang Adi ke sekolah, singgah ambil seorang staf production. Pastu singgah hantar Ali ke sekolah Pasti pulak. Sampai rumah, tido sekejap. Itu pun tak sempat terlena sebab ada je yang call dan mesej. Alhamdulillah.

Hari ni PA sakit gigi dan takleh datang. Jadi terpaksalah bos berbadan besar menguruskan barang yang nak diposkan. Mujurlah ada staf yang bantu buat inspection dan lipat cantik-cantik. Bos berbadan besar cuma tulis alamat dan packing sahaja. Okaylah sikit.

Pukul 1 keluar ambil Ali. Pastu sambung lagi sampai dekat pukul 4.

Pastu singgah KB Mall ambil beberapa shawl yang dah takde stok kat rumah. Pastu singgah pejabat pos. Pastu pergi ambil Abang Adi & Abang Iqbal. Saya terlewat lebih 40 minit dari waktu yang sepatutnya. Rasa bersalah sangat dengan anak-anak.

 

Pastu singgah Mydin untuk bagi duit kabinet yang dah booking semalam. Pastu ambik hati anak-anak dengan ajak diorang makan roti canai. Hihihi..

Sampai rumah dah lewat petang pastu golek-golek sambil melayan anak di samping melayan msg dari pelanggan dan staf.

 

Sibuk sungguh rasanya hari ni sebab sekaligus kena ambil alih tanggungjawab suami dan PA.

Kalau tak sarat mengandung okay je kot. Tapi dalam keadaan sekarang ni, memang rasa mencabar sangat.

 

Tapi takpelah kan. Mula-mula kita bekerja lebih dari sepatutnya. Dan akhirnya kita akan mendapat ganjaran yang lebih dari sepatutnya.

Dari segi jualan pulak, ada outlet yang sales kurang okay tapi Alhamdulillah ada juga beberapa outlet yang cemerlang walaupun hari ni adalah hari bekerja. Antara outlet yang cemerlang adalah outlet di KB Mall yang baru berpindah lokasi semalam.

Alhamdulillah, rasa berbaloi sangat pakai dua orang staf kalau sales cemerlang. 🙂

Kat Mydin pun dah start ada sale walaupun dalam keadaan serba kekurangan. 🙂

 

Sebenarnya hari ni pun ada berita tak best. Hihihi..

Ada staf yang memberi khabar bahawa rakan setugas tidak amanah. Jual barang tak update rekod. Ambil duit jualan kedai. Barang hilang. Dan yang sewaktu dengannya.

Kalau sebelum ni memang buat saya tak lena tidur. Tapi disebabkan dah pernah lalui, kali ni saya lebih tenang dan saya senyum je. 🙂

Saya memang ada master inventori untuk outlet. So kalau memang ada barang hilang, boleh je nanti tolak gaji orang yang bertanggungjawab tu.

Lagipun kalau ikutkan harga sebenar barang yang dicuri tu, mestilah lebih rendah dari harga jualan kan.

Kalau nak fikir positif, macam saya jual jugak la kot. Sebab nanti tolak gaji berdasarkan harga jualan.

Eh, macam busuk hati je bos macam ni.

 

Tak. Bukan busuk hati. Tapi malas nak tension-tension. Malas nak stress-stress. Malas nak fikir lebih-lebih.

Baguslah dapat tahu perangai sebenar pekerja yang tak amanah. Jadi lepas ni kita bolehlah pecat dia dan bagi peluang pada orang lain yang mungkin lebih baik.

Kalau dah memang dia tak hargai peluang yang kita berikan, takpelah. Kita bagi peluang pada orang lain pulak.

Takde lagi pekerja yang kaya raya hasil mencuri harta benda bos kan. So takpelah. Suka hati kaulah labu. Aku malas nak tension-tension labu. Ko tunggu jelah. 😛

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *