The Silent Treatment

Kalau saya suka pada seseorang, saya akan cakap banyak-banyak.

Dan saya pun tahu, bila orang cakap banyak-banyak dengan saya, maknanya dia suka saya. 🙂

Pernah beberapa kali suami saya temankan saya berjumpa kenalan saya, dan lepas perjumpaan tu suami saya cakap,

Banyaknya dia cakap.

 

Hahaha..

Tapi lepas tu saya akan bagitau suami bahawa itu petanda yang bagus. Itu bermakna dia suka saya. Hahaha.. poyo tak?

 

Bila saya tak suka orang pulak, mestilah sebaliknya kan.

Saya bukannya jenis yang marah-marah, maki-maki atau cakap laser-laser. Saya cuma akan stop cakap dengan dia.

Dalam bahasa orang putih, Give The Silent Treatment.

 

Kadang-kadang kesian dengan orang tak cukup kasih sayang. Bila kita dah bagi silent treatment, tetap nak meroyan.

Dan lagi dia meroyan, lagilah saya diam.

Biarlah si luncai dengan labu-labunya. Biarlah orang emo nak meroyan sorang-sorang. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *