The Lazy Millionaire

Dari petang tadi, saya teruskan membaca buku The Lazy Millionaire.

Banyak jugak ilmu baru yang saya dapat. Pasal kena jimatkan perbelanjaan. Jangan terlalu mudah buat keputusan untuk beli sesuatu. Beli benda yang perlu. Kena dapatkan harga terendah sebelum beli sesuatu. Kena tawar menawar (walaupun dengan pihak bank).

Pastu lagi.. tak perlu tunjuk kaya. Biar kita jadi orang kaya yang tak nampak kaya. Biar orang lain yang jadi orang tak kaya yang nampak kaya. Ikut gerak hati kita. Kalau rasa tak sedap hati bila berurusan dengan seseorang, jangan teruskan @ berhati-hati.

Menarik sangat cara olahan penulis Marc Fisher ni. InsyaAllah malam ni nak sambung lagi.

 

Malam ni saya dan suami keluar berdua-duaan. Ali taknak ikut sebab tengah excited main kapal terbang yang dibeli di kedai Mr DIY siang tadi. Abang Iqbal sibuk dengan internet dan Abang Adi sibuk dengan macam-macam aktiviti yang membahagiakan dia. 🙂

 

Mula-mula singgah Umall hantar hanger baju. Pastu singgah outlet Benang Hijau di Jusco Taman U untuk hantar shawl terbaru (shawl halfmoon satin).

 

Lepas tu saya singgah kedai buku MPH dan suami pergi shopping barang dapur.

 

Bersyukur sangat dapat suami yang suka shopping. 🙂

 

Niat di hati nak beli buku tapi tak jumpa buku yang best. Mungkin sebab buku yang best pun dah banyak beli. Sampai ada yang masih belum baca. Hihihi..

Pastu keluar dari MPH jalan-jalan tengok display kedai orang. Tengok macamana staf diorang layan pelanggan. Tengok signboard. Tengok kabinet. Tengok benda-benda yang dulunya langsung tak masuk kepala.

Kononnya nak mencari hadiah untuk diri sendiri. Hadiah mengandung anak keempat la kononnya kan. Tapi serius tak tahu nak beli apa.

Last-last turun bawah masuk Johnny’s. Hadiahkan diri sendiri makan steamboat jelah. 🙂

 

Seperti biasa order a la carte. Pilih sup ayam. Pastu pilih udang, seaweed, seaweed roll, beef ball, kangkung dan sebiji telur. Air pulak Aloe Vera + Chocolate Milkshake.

Dah siap order, suami pun datang menjamu selera. 🙂

 

Dah siap makan, dah masuk kereta, cari-cari handphone personal tak jumpa. Try call, takde orang angkat. Dah cuak dah. Cuba call lagi dan lagi. Last-last ada orang angkat. Rupa-rupanya jiran sebelah meja yang angkat. Fuh… nasib baik!

Handphone ni memang dah kurang betul. Kalau orang call @ miss call memang tak boleh detect siapa yang call. Contact no pun tak dapat access semua. Tapi kalau hilang, memang menyusahkan. Alhamdulillah masih ada rezeki dengan handphone ni.

 

Selalunya suami akan membebel kalau saya cuai. Tapi hari ni dia langsung tak membebel. Mungkin sebab saya mengandung kot. Hahaha.. Seronoknya jadi wanita mengandung!!! 🙂

 

2 thoughts on “The Lazy Millionaire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *