Tertinggal Kapal Terbang..

Ini kejadian kedua.

Kejadian pertama telah berlaku sekitar bulan Disember yang lepas.

Masa tu seorang peserta rombongan saya terlepas kapal terbang.

Tadi pulak ada dua peserta yang tertinggal.

Biasanya saya memang akan tunggu semua peserta sebelum masuk ke tempat berlepas.

Tapi disebabkan dua orang tu dah lewat sangat, jadi saya masuk dulu.

Bila saya dah beratur di gate, mereka pun masih belum sampai. Memang saya dah agak mereka akan terlepas.

Tapi mereka berdua ni sangat bersemangat rupanya. Walaupun dah terlepas, tapi mereka tetap nak pergi jugak. Jadi mereka pun beli tiket flight seterusnya untuk ke Vietnam. Kena tambah duit sekitar RM500 untuk dua orang.

Kira okay jugaklah kan?

Mungkin sebab dah tak kena airport tax. Sebab harga tiket kapalterbang ni terbahagi kepada dua. Satu, harga tiket. Kedua, cukai airport.

 

Saya dan suami beserta dua lagi pasangan suami isteri yang lain Alhamdulillah sampai dalam keadaan yang aman dan tenteram. Satu pasangan dari Melaka dan satu lagi dari Terengganu.

Petang ni saya bawa mereka pergi ke salah satu tempat yang saya selalu borong kain. Tapi kali ni saya tak mengganas sangat. Sebab tak banyak corak baru. Lebih kurang sama je dengan corak-corak yang ada semasa saya ke sini pada 8-10 Mac yang lepas.

Dua peserta yang terlepas sampai di Ho Chi Minh pada pukul 5 petang. Alhamdulillah selamat jugak. Saya pun dah jumpa diorang tadi.

Malam ni aktiviti bebas. Sekarang saya berehat di bilik sekejap. Lepas ni nak jalan-jalan di pasar malam dan seterusnya buat Hot Stone Massage dengan tukang urut peribadi. Chewahhh…

Wah.. gigih betul bagi laporan kali ni kan.

Diet berjalan dengan lancar. Malam ni saya cuma minum shake Herbalife dan En Suami yang sangat memahami pun pergi cari makan sorang-sorang sebab saya takut tergoda.

Tak tahu kenapa, no handphone rasmi Benang Hijau tak boleh roaming. Padahal dah beberapa kali call Digi untuk aktifkan. Dah tukar handphone pun masih sama jugak. Serius stress.

Ok bye. Nak siap-siap untuk ke pasar malam. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *