Teringat Pada Ayah..

Semasa saya di sekolah rendah, sekitar darjah 3 atau 4, pada suatu hari saya mengikuti ayah saya ke Kuala Lumpur di atas urusan kerja.

Dalam perjalanan balik, kami menumpang kereta sahabat ayah dan mereka memandu secara bergilir-gilir.

Semasa giliran ayah memandu, tiba-tiba ada sebuah motor yang cuba memotong dari kiri telah terbabas dan merempuh bahagian kiri bonet kereta. Ini disebabkan keadaan sebelah kiri jalan utama yang berpasir.

Kereta tak rosak banyak tapi bonet belakang kemek. Pemandu dan pembonceng motor tidak mengalami kecederaan serius. Sekadar pendarahan kecil di tangan.

Apa yang saya belajar pada hari itu adalah sikap ayah saya yang sangat tenang dan langsung tidak menunjukkan sikap marah atau tidak puas hati.

Sebaliknya ayah sibuk bertanyakan keadaan mereka dengan sangat bersopan. Sebelum mereka beredar, ayah juga sempat menghulurkan sejumlah wang untuk rawatan mereka.

Kalau tak silap saya, ayah juga perlu menanggung kos bonet yang kemek. Tapi ayah langsung tidak mengeluh dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Ayah juga sentiasa berpesan kepada saya supaya menjadi pemandu yang menyenangkan orang lain. Antara pesanan ayah,

Kalau orang lain rushing, takpe. Bagi dia jalan dulu.

Kalau kita bawa slow, bagi signal supaya orang potong kereta kita.

Pendek kata, ayah tak pernah menunjukkan perasaan marah atau menggunakan perkataan yang kurang baik terhadap pengguna jalanraya yang lain.

Bila dah besar panjang macam ni, memang selalu teringat pesanan ayah. Kalaulah semua orang mendapat didikan sebegini daripada seorang ayah, saya yakin sangat masalah keganasan jalan raya tidak lagi berlaku.

Saya juga sentiasa berdoa supaya ayah terus diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur kerana saya ingin membantu ayah mengecapi kehidupan yang terbaik sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

 

Ayah saya bersama Adi & Iqbal pada bulan Jun 2011

Kepada rakan-rakan yang masih ada ayah, hargailah ayah kita. (Air mata saya mengalir laju bila menulis artikel ini).

Ya Allah, permudahkan segala urusanku. Aku benar-benar ingin memberikan yang terbaik kepada ayah sebelum dia pergi.

4 thoughts on “Teringat Pada Ayah..

  1. Yati

    Memang beruntung sangat orang yang masih ada parent lagi. Akak masih ada ayah, tapi tak boleh nak jumpa. Ayah akak pun tak boleh jumpa dengan anak2. Macam ayah Zila boleh lagi, pegi jalan2 ke rumah anak2. Ayah akak memang tak boleh sebab mak tiri akak control. Nak bercakap kat telefon pun tak boleh. huhuhuhuhu………

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Sabar ya kak. Allah Maha Adil. Ada tempat kita lebih daripada orang. Ada yang kita kurang daripada orang lain.

      Yang penting sentiasa positif dan berbaik sangka kepada Allah. Ini kerana Allah adalah sangkaan hambaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *