Teringat Kenangan Hantar Anak Ke Taska..

Petang ni bila saya teringat kisah adik Raif Alfian yang saya share kat entri ni, saya jadi teringat kenangan hantar anak saya yang sulung ke sebuah taska masa dia kecik-kecik dulu.

Masa tu saya masih bekerja sebagai Engineer di sebuah kilang elektronik. Jadi, seawal pukul 6.30 pagi saya dah keluar rumah sebab tempat kerja saya agak jauh. Dalam 35km.

Masa tu Abang Iqbal berusia dalam 2 tahun dan saya sedang mengandungkan Abang Adi.

 

20120301-185950.jpg

Gambar Abang Iqbal pada tahun 2005

Hari pertama hantar dia okay. Esoknya dia meraung-raung taknak keluar kereta. Tapi saya terpaksa jugak hantar sebab saya baru je kerja kat tempat tu. Dan sepanjang perjalanan ke tempat kerja hati saya rasa sayu sangat. Rasa macam nak patah balik dan ambik dia.

Masa hujung minggu saya survey taska lain dan terus tukar taska. Masa nak pergi amik barang dia kat taska tu, sampai je depan taska dia dah menangis. Macam trauma sangat.

Masa saya dukung dia untuk masuk dalam taska memang dia mengamuk. Dia macam takut saya akan tinggalkan dia kat situ lagi.

Sampai sekarang saya tak tahu apa yang berlaku kat situ. Kena marah dengan cikgu ke. Kena kacau dengan budak-budak lain ke. Kena buli ke. Kena gigit ke.

Tapi saya sendiri pun jadi trauma.

Saya pernah terbaca anak-anak kecil HARUS dijaga dengan penuh kasih sayang oleh orang yang sayang pada dia. Dengan ini barulah dia membesar menjadi orang yang budiman, berkeyakinan dan pandai bergaul.

Kalau dibesarkan dalam suasana asyik kena marah, dia pun akan jadi pemarah. Kalau asyik kena pukul, dia pun akan jadi pemukul. Kalau asyik kena buli, dia pun akan jadi pembuli.

Nauzubillah.. taknak sangat anak-anak dapat layanan buruk macam ni.

Dan Alhamdulillah sekarang ni setiap hari saya rasa bersyukur kerana saya mampu melihat anak membesar depan mata.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *