Teringat

Di pukul 4.30 pagi sesambil dok update database customer ni kan tetiba teringat pada beberapa orang bekas pekerja.

Mungkin jugak sebab siang tadi ternampak kelibat dua orang bekas pekerja yang bekerja di bahagian production di Bangi tahun lepas.

Maklumlah tahun lepas gigih.

Dah ada kilang di Kelantan tak cukup.

Nak jugak bukak mini kilang di Bangi.

Belilah mesin jahit dalam 6 bijik kot.

Pastu hirelah dalam 10 orang pekerja production.

Tapi progress diorang slow sangatttt dan end up saya pun stopkan production dan akhirnya hantar semua mesin jahit ke Kelantan.

Pastu hujung Oktober tahun lepas saya pun tutup juga kilang jahit di Kelantan dan jual mesin jahit murah murah pada pekerja yang nak beli.

Kotlah boleh bantu diorang untuk survive.

 

 

Teringat pulak masa balik raya hari tu.

Pagi raya pergi kubur.

Terjumpa seorang bekas pekerja yang dah agak berumur.

Dia datang salam dengan saya bila nampak saya.

Terharu sangat rasanya sebab masa tu dia sebenarnya berada agak jauh dan terus datang tegur saya bila nampak saya dari jauh.

 

 

Tulah bila jadi bos ni bukan semua pekerja suka.

Bukan semua hargai.

Ada je yang berhenti dan mendoakan syarikat rugi dan bankrap.

Ada je yang berhenti dan terus bercakap dengan sangat sombong sedangkan saya pun tidak pernah bercakap sombong dan kasar dengan dia.

Takpelah taknaklah fikir yang negatif.

Banyak je yang bagus sangat.

Walaupun dia dah kerja elok elok di tempat lain tapi saya masih sayangkan dia.

Saya pun puji dia dengan bos baru.

Dan dalam hati pun terdetik juga adakah masih berjodoh untuk bekerja bersama-sama lagi di masa akan datang.

Dan malam ni memang dok teringat je ke beberapa orang pekerja.

Ada yang dulu agak susah hidup dia.

Rupa rupanya hasil dari kerja dengan sayalah dia dapat bantu keluarga dan sekolahkan adik adik dia.

Sedih sebenarnya masa nak tutup kilang tu.

Memang lama fikir.

Dok tanya pendapat kawan-kawan.

Sebab berat hati sangat.

Bila dengar ada yang dah kerja elok, dah berniaga, rasa bersyukur.

Alhamdulillah taklah rasa bersalah sangat.

 

 

Yang rapat sangat dulu yang selalu gak ikut saya pun saya teringat je ni.

Teringat kenangan makan tomyam sesama la.

Makan roti arab la.

Breakfast kat Kopitiam Kita la.

Teringat dia amik saya kat airport.

 

 

Susah dapat bos jiwang ni.

Bila dah sayang tu, memang jadi sayang dan clingy sangat.

 

 

Esok salah seorang staff yang selalu part time setiap kali cuti semester akan mula kerja.

Dia start kerja dengan saya masa mengandungkan Yaya.

Dan sekarang Yaya dah 3 tahun dia masih sudi untuk bantu saya.

Bersyukur sangat.

 

 

Kepada sahabat usahawan yang mungkin sama sama ada kecik hati, sedih, kecewa dan rasa putus asa nak cari pekerja yang bagus, jangan putus asa tau.

Ada.

Ada ramai sangat pekerja yang bagus.

Memanglah sesekali kita akan diuji dengan pekerja yang tak bagus.

Tapi dari situ kita belajar.

Cemana nak improve.

Cemana nak lebih tegas.

Dan jugak supaya kita lebih hargai pekerja pekerja yang bagus.

 

 

Ni dok tulis panjang panjang ni bukanlah bermakna saya ni hebat sangat.

Employer of the year jauh sekali.

Masih banyak nak kena improve.

Masih banyak nak kena belajar.

Doakan saya ya!

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge