Terima Kasih..

Saya baru lepas bercakap dengan seorang klien yang memaklumkan kepada saya bahawa dia perlu pergi ke pejabat Public Mutual untuk membuat pengesahan tandatangan.

Beberapa hari lepas saya submitkan borang pertukaran dana untuknya. Malangnya borang tu ‘pending’ kerana tandatangannya ada sedikit perbezaan dan pihak Public Mutual meminta dia datang ke pejabat untuk buat pengesahan.

Terlanjur dia ke sana, saya ingatkan dia supaya mendaftar kemudahan Public Mutual Online yang boleh membantu dia memantau pelaburannya secara online.

Di akhir perbualan, saya cakap,

Okay Encik xxx. Terima kasih!

 

Lepas tu, saya terfikir, kenapa saya ucapkan terima kasih?

Hahahahaha..

Inilah yang dinamakan habit ya adik-adik dan kawan-kawan. Bila dah selalu cakap terima kasih pada prospek dan klien, setiap kali selepas bercakap dengan mereka saya akan mengucapkan terima kasih, walaupun sepatutnya tak perlu cakap.

Kepada yang menerima ucapan ‘terima kasih’ dari saya, dan anda terfikir kenapa pulak saya cakap terima kasih, semoga lepas ni anda faham ya.

Terima kasih! 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *