Terharu..

Orang perempuan ni kan.. senang sungguh terharu.

Tengahari tadi semasa saya berdating dengan Kak Yati dah Meletop di Restoran Ayam Percik Endang di Jusco Permas Jaya, saya dapat emel dari blogger tersohor Kak Di menyatakan bahawa dia dah publish iklan Benang Hijau di blog dia.

Kalau nak baca, boleh rujuk di http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/2013/04/benang-hijau.html.

Saya cuma berikan maklumat iklan dalam bentuk point form. Tapi bila baca cara dia olah, saya rasa terharu sangat.

Dahlah dia pun ada copy dan edit gambar dari page Benang Hijau. Menunjukkan dia bersungguh-sungguh siapkan entri tu.

Serius terharu.

Sampai saya boleh menangis teresak-esak.

Agaknya orang dalam restoran tu pun heran. Apesal minah cun ni menangis macam tu sekali. Ada berita burukkah? Gaduh dengan suamikah?

Tapi sebagai manusia tak glamer, saya nangis je sesungguh hati.

Kak Yati siap cakap..

Takpe Zila, akak akan ingat saat ni.

 

Hahaha.. kelakar je bila Kak Yati cakap macam ni.

Tapi serius memang happy sangat tak tahu nak cakap macamana.

Memang dah ada blog sendiri. Tapi bila baca entri bisnes kita di blog orang lain, perasaan dia memang lain macam.

Ok dah. Taknak tulis panjang-panjang. Nanti nangis lagi. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *