Tercedera..

Tengahari tadi ambil seorang sahabat, iaitu Cik Puan Aja di kolej kediamannya pastu bawa balik ke rumah.

20120228-184449.jpg

Hot mama

Aja merupakan rakan sekursus semasa saya melanjutkan pengajian Sarjana Keusahawanan IT (SKIT) di UTM.

Aja baru sahaja mendaftar untuk menyambung pengajian PhD dalam bidang Keusahawanan di UTM.

Dari pukul 1 kami berbual mesra. Macam-macam topik yang dibualkan. Pasal kawan-kawan, pasal pengajian PhD, pasal anak-anak termasuklah pasal pelaburan unit trust. 🙂

Saya juga menjemput seorang lagi rakan sekursus yang tinggal di sekitar Skudai iaitu Airuz untuk datang ke rumah saya dan berjumpa dengan Aja.

Pukul 4 petang saya bawa Aja dan Airuz minum petang di sebuah warung yang sangat popular dengan Cucur Udang di Taman Sri Pulai.

Hampir pukul 5.30 petang barulah saya hantar dia kembali ke kolej kediamannya.

Punyalah banyak cakap, sampaikan saya mengalami kecederaan lidah. Sekarang ni saya terpaksa duduk diam-diam dan berharap kecederaan ini tidak berpanjangan.

Kepada Aja, terima kasih sudi meluangkan masa bersama akak. Harap dapat jumpa Aja lagi ya!


2 thoughts on “Tercedera..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *