Tendangan Pertama

Semalam first time rasa baby tendang.

Excited!!!!

 

 

Saya adalah seorang manusia yang tak suka makan ubat. Negatif sungguh dengan perkataan ubat.

Sebab banyak sangat dok baca dan tengok dokumentari tentang side effect ubat jadi saya memang jarangggg sangatttt makan ubat.

Tapi disebabkan batuk dan selsema kali ni agak teruk, saya religiously makan ubat dan bebetul ikut waktu yang sepatutnya.

Contoh dah makan pukul 12 tengahari, next makan ubat pukul 8.

Dan tak sesabar tunggu waktu seterusnya untuk makan ubat sebab nak cecepat baik.

 

 

Tapi bila dapat tendangan pertama, saya terus stop makan ubat.

Entahlah.

Rasa risau pulak.

Kang nanti ubat tu ada bagi efek pada baby cemana.

Entah entah tendang tu sebagai signal supaya jangan makan ubat.

Entah entah bila makan ubat dia jadi aktif sangat ke.

Gitulah perasaannya.

 

 

Dan hari ni Alhamduilllah I feel better.

Selsema pun dah berkurang sangat.

Dan rasa lebih excited nak menjalani hari hari seterusnya dengan riang gembira.

🙂

 

 

Semalam kami ada shooting untuk koleksi terkini Benang Hijau.

Banyak sangattttttt.

Total dekat 200 helai tudung kot.

So guna 2 model.

Koleksi kali ni bawal square, bawal ruffle dan juga bawal labuh.

Kalau dulu every week kami shoot, sekarang ni kami shoot dalam 2 bulan sekali dan terus shoot siap siap untuk koleksi 2 – 3 bulan akan datang.

Hebat tak preparation.

Hehehe..

Tu namanya belajar dari pengalaman.

Kadang tengah duit banyak makin belasah je.

Bila terasa duit makin tight, baru sedar banyak sangat benda yang boleh jimat.

 

 

Till next update. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.