Takleh Tidur + Cek Tiket + Popia Kentang

Siang tadi terlebih tidur. Maklumlah anak-anak cuti dan pekerja pun cuti. Jadi saya pun berehat puas-puas.

Penyudahnya malam ni takleh tidur.

Pastu mulalah sibuk dok cek tiket ke Vietnam dan Guangzhou.

Nak beli tiket untuk suami sahaja @ nak beli tiket untuk saya jugak? Hihihi.. Masalah besar ni.

 

Nak terus beli tak sedap hati jugak sebab belum bincang dengan suami. Maklumlah isteri solehah kan. Nak beli tiket untuk suami pun kena inform dia dulu. Hihihi.. 🙂

 

Konon tak sihat. Konon taknak travel. Tapi nak sangat pilih-pilih kain. Seronok sangat dapat pilih memilih. Tak sama tengok gambar dengan tengok depan mata. Dapat pegang kain. Dapat gosok-gosok kain. Fuh.. nikmat dia lain macam ooo!!

 

Tengah tengah malam ni tetiba teringat popia kentang + daging  cincang. Sedapnya dapat makan panas-panas. Belajar buat popia ni dari suami makcik saya yang berasal dari Algeria. Sedap sangat. Memang takde jual di mana-mana.

Tak sabar nak buat! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *