Tak Terlalu Bijak & Tak Terlalu Bernasib Baik

Ada benda saya bijak. Ada benda saya kurang bijak.

Dahlah yang kurang bijak tu yang penting. Hihihi..

Kadang kadang dah tahu tapi tak buat jugak. Contohnya dah tahu kena check betul-betul setiap transaction di semua outlet.

Tapi bila pergi outlet, rasa macam tak larat @ malas @ penat @ tak sempat nak check satu persatu.

Padahal kalau check bukannya lama sangat pon.

Tapi tulah, sebab kurang bijak kan. Macam-macam alasan yang diberi pada diri sendiri. Dan kononnya percaya sangat dengan staff.

Tapi itu duluuuuuu…

Dulu sebelum terbongkar pasal seorang staf yang ambil kesempatan di atas kepercayaan yang saya amanahkan.

Sekarang tak lagi.

Sekarang ni, sampai je di butik @ outlet je, terus check rekod. Tally tak sales dengan resit. Tally tak sales harian dengan sales bulanan. Tally tak stok dengan barang yang dijual.

Kiranya sekarang dah bijak sikit la.

Tapi tu baru satu. Bab lain pun banyak lagi yang boleh diperbaiki.

Dulu dulu (dan sekarang pun ada jugak) selalu rasa jeles dengan orang yang dapat write up percuma dari surat khabar dan majalah.

Ada yang memang dah ada kabel besar. Ada yang kebetulan. Ada yang memang bernasib baik sangat sangat.

Tapi sekarang bila diorang ni ada yang dah berhenti berniaga @ dah sibuk dengan bisnes lain @ bisnes masih di takuk lama, saya dah tak jeles sangat.

Walaupun buat promosi berbayar tanpa sebarang kabel dan bantuan mana-mana pihak, Alhamdulillah bisnes saya makin berkembang. Setiap bulan banyak produk yang sold out.

Mungkin sekarang belum bertuah dari segi tu, tapi takpelah. Saya yakin sangat,

The harder i work, the lukcier i get!

Tujuan saya share pasal ni supaya seandainya suatu hari nanti bisnes saya dah berkembang hebat dan selalu dapat liputan percuma dari media, saya nak sahabat sahabat yang mengenali saya tahu bahawa saya pun bermula dalam keadaan serba kekurangan.

Bukan sebab suntikan modal @ dana @ geran kerajaan mahupun swasta. Dan bukan juga disebabkan oleh mana-mana kabel samada yang kecil mahupun besar.

Kalau saya boleh, insyaAllah ada juga pasti boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *