Tak Suka Bila Kurang Produktif

Hari ni sepanjang hari mulut rasa pahit, sakit belakang, rasa lenguh dan rasa nak baring je.

 

Pagi-pagi PA Benang Hijau datang rumah. Bincang-bincang pasal urusan audit outlet dan idea-idea penambahbaikan.

Pastu dia keluar untuk audit outlet di Airport Senai sementara saya dan suami ke Permas Jaya.

Pergi dengan tujuan nak interview pekerja baru. Sampai kat sana, saya tak larat dan tidur dalam kereta. Dia pun tak datang dan langsung tak call. Taknak kerja la kot. Suami turun jugak untuk betulkan lampu.

 

Balik dari Permas Jaya, singgah makan kat tepi highway Pasir Gudang. Dwanna Cafe kot namanya. First time makan kat sini.

Suami suka sangat pilihan lauk kat sini sebab kena dengan selera dia. Saya cuma makan sejemput nasi berlaukkan ikan tongkol masak singgang. Boleh tahanlah..

 

Pastu singgah Umall kejap. Hantar kain yang nak diposkan dan bagi alamat pada staf kat sana.

Pastu balik rumah dengan PA Public Mutual. Pastu PA tolong siapkan borang-borang yang nak diposkan termasuklah borang untuk apply shoplot di Jalan Plumbum, Shah Alam.

Dalam pukul 4, PA balik dan saya pun golek-golek sampai lebam.

 

Tak larat -> baring -> tertidur -> Makin tak larat

 

Suami dah risau. Baru dua bulan mengandung dah melepek je. Harap-harap lepas ni okay sikit.

 

Malam ni pun masih terbaring kat atas tilam.

 

Kepada sahabat-sahabat yang sedang sihat walafiat, hargailah nikmat kesihatan. Gunakan kesihatan yang ada dengan sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *