Tak Sihat Supaya Tak Sombong

Bagus sebenarnya bila kita kurang sihat.

Bila kurang sihat, kita jadi sedar diri.

Bila kurang sihat, kita faham perasaan orang yang kurang sihat.

 

Kalaulah saya sihat je memanjang, mungkin saya pun jadi sombong. Jadi bongkak. Tak sedar diri. Pastu rasa orang yang kurang sihat ni mengada-ngada @ nak perhatian.

 

Sebab sebenarnya memang tak pun. Percayalah. Orang kurang sihat ni taknak mengada-ngada pun. Taknak perhatian pun. Diorang pun nak sihat dan tak menyusahkan orang.

 

Sekarang saya think positif. Masa kurang sihat adalah masa untuk berehat. Sebab masa sihat dan sibuk sangat kan. Jadi kenalah ada masa kurang sihat untuk recharge dan ambil masa untuk berfikir di luar kotak.

 

Okay bye! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *