Tak Selesa & Kecewa

Semenjak balik dari outstation memang tak selesa sangat.

Tak boleh duduk lama-lama dan badan mudah rasa panas.

Petang semalam minta tolong PA rekemenkan tukang urut yang best dan Alhamdulillah semalam dah selamat mengurut dengan makcik tu.

Katanya saya mungkin bersalin lebih awal sebab kedudukan baby dah ke bawah sangat.

Aduyaiiii risaunya..

Yang bagusnya makcik ni ada buat servis mengurut dan bertungku untuk orang lepas bersalin. Saya pun dah book siap-siap. Hihi..

Kalau ikutkan rate dia jauh lebih mahal dari rate tukang urut di kampung suami. Tapi disebabkan faktor jarak dan dia mengurut pun sedap, insyaAllah saya proceed dengan dia jelah.

Alhamdulillah semalam kain-kain baru dan juga baju kurung koleksi terbaru dah selamat sampai.

Saya budget sampai pada hari Sabtu. Alih-alih semalam dah sampai. Serius excited!!!

Excited tapi takut nak bukak guni sebab ada banyak sangat.

Pagi ni nak upload koleksi terbaru. Sebenarnya excited tapi jadi kurang excited sebab kali ni gambar tak cantik.

Untuk shawl, shoot dengan model yang baru. Tengok profile macam cun sekali bila dah shoot, kecewa sangat.

Dahlah dia pun tak pakai shawl seperti yang kami request dan menyebabkan shawl nampak pendek dan singkat sampaikan pelanggan tetap pun dok tanya ukuran shawl yang sebenar.

Kemain bayar dua model utk shoot tapi hasil sangatlah mengecewakan.

Kalau gambar cantik, okay lagi. Tapi bila tengok hasil, serius kecewa. Memang serik nak deal lagi dengan diorang.

First time rasa kecewa lepas dapat gambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *