Tak Sangka

Hai dan selamat pagi..  🙂

 

Jap lagi nak update proposal untuk dihantar ke management AEON dan juga KB Mall.

 

Macam kelakar bila ingat-ingat balik. Jarang sangat pergi KB Mall tapi terpergi semasa balik untuk mengundi pada bulan Mei yang lepas.

Sambil jalan-jalan, pergi management office dan tanya tentang sewa kiosk dan kedai. Alhamdulillah ada SATU kiosk yang kosong.

Terus hantar emel pada diorang dan terus start bisnes pada bulan Jun.

Kali pertama pergi masa nak setup kedai dalam 7 @ 8 Jun.

Lepas tu sekadar poskan barang yang nak dijual sebab tak sempat pergi.

Kali kedua pergi masa awal Ramadhan.

Dan kali ketiga pergi masa raya ketiga baru baru ni. Dan sekarang nak apply untuk kedai pulak. Sebab masa pergi kali ketiga, ada SATU lot kedai yang available.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur sangat.

 

Dulu-dulu selalu dengar pepatah,

“The whole world steps aside for the man who knows where he is going.” by Unknown

 

Betul sangat sangat sangat.

 

Kalau kita tahu apa yang kita nak, akan ada jalannya. Akan ada orang yang boleh bagi tunjuk ajar. Akan ada pertolongan yang tak disangka-sangka. Memang best!

So, mula-mula kena ada matlamat dan tahu apa yang kita nak.

 

Kadang-kadang kita pun akan dapat lain sikit. Tapi yang tu yang buatkan hidup kita lebih menarik.

Kalau asyik dapat apa yang kita nak je, bosan tau. Sebab kita kan manusia yang lemah. Banyak benda yang kita tak tahu bahawa kita tak tahu. Apabila kita dapat lain sikit, kita akan jadi tahu apa yang kita tak tahu.

Okay bye. Nak sambung buat kerja. Lepas tu nak keluar hantar barang. Pastu nak cari makanan yang sedap-sedap. Hihihi..  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *