Tak Sangka Hari Ni Akan Tiba..

Hihihi..

Tak sangka sangat.

Tak sangka saya nak beli mesin jahit.

Hahaha!!

 

Sebelum ni memang langsung tak pernah terlintas di fikiran. Nak pegang mesin pun takut.

Bila tengok orang jual mesin jahit, selalu fikir macam,

Ramai ke orang yang beli?

Boleh survive ke?

 

Tapi sekarang ni amek kau. Nakkkk sangat ada mesin jahit. Siap dah survey di internet berjam-jam.

Nak beli mesin jahit biasa dan juga mesin jahit tepi. Pastu nak beli cutter untuk potong kain dan pelbagai lagi alat jahitan.

Semangat lain macam kali ni. 🙂

 

Pastu kalau berkesempatan nak join kelas jahitan.

Bukan sebab saya nak jadi tailor. Tapi sebab nanti nak gajikan tailor tapi nak juga tahu selok belok jahitan. Takdelah mengharapkan dia 100%.

Lepas suami solat Jumaat ni plan nak singgah kedai menjual alat jahitan di Taman Sri Putri. Kalau ada yang berkenan, mungkin terus beli. 🙂

 

Okay bye! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *