Tak Sabar Nak Berjaya

Salah satu masalah besar saya adalah tak sabar nak berjaya.

Dah banyak kali kot saya share pasal ni.

 

Malam-malam sebelum tidur sibuk tengok website @ Facebook @ Instagram butik-butik terkenal dan lepas tu mulalah tak lena tidur.

Memanglah ada yang dah bermula jauh lebih awal dari saya. Tapi ada jugak yang baru bermula dan cepat sangat naik. Jeles!!!

 

Kadang-kadang sebagai usahawan ni kan, ada juga terfikir betul ke tindakan aku ni. Patut ke aku bukak outlet banyak-banyak? Adakah lebih baik aku fokus sales online?

Okay ke harga yang aku letakkan ni? Patut dinaikkan atau dikurangkan?

Betul ke cara promosi aku ni? Adakah aku ni dah buat tindakan yang salah?

 

Adoi… memang macam-macam benda yang bermain di fikiran setiap hari.

 

Bila sales meletop dan dapat feedback yang baik dari pelanggan, memang rasa bestttttt sangat.

Macam hari ni Alhamdulillah ada pelanggan yang repeat order beli 5 shawl, 6 shawl dan ada jugak yang terus nak borong 50 shawl. Alhamdulillah.

 

Malam tadi bincang dengan suami. Rasa macam nak buka satu butik berdekatan rumah sebab macam tak produktif je kalau asyik dok rumah. Kalau ada butik, boleh juga lepak-lepak di butik dan bermesra dengan pelanggan.

Rumah saya pun dekat sangat dengan Wakaf Che Yeh. Kalau dapat bukak satu butik kat sini memang best sangatlah sebab kat sini memang sangat happening terutama di waktu malam.

 

Harap-harap sebelum bulan puasa ni dapatlah jadi kenyataan. Masalahnya bulan puasa dah dekat sangat. Dalam 3-4 bulan je lagi. Adoiiiiii!!!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *