Tak Istiqamah..

Dalam bab ubat-ubatan @ mekap @ pencuci muka memang saya tak istiqamah.

Saya tak pernah berjaya menghabiskan sebatang gincu, sebekas bedak compact, satu tube pencuci muka, sebotol minyak wangi, sebekas losyen apatah lagi sebotol vitamin.

Dalam bab bisnes unit trust, memang istiqamah. Alhamdulillah dah nak masuk 6 tahun. 🙂

Tapi serius kalau bab ubat-ubat ni memang tak istiqamah. Selalunya belum sempat habis, dah dihilangkan @ dirosakkan oleh 3 beradik yang comelllll sangat.

Untuk mengatasi masalah ini, kali ni saya mengamuk. Saya terus beli Vitamin C botol besar, stok collagen untuk 2 bulan dan stok Herbalife untuk 5-6 bulan. Gigih tak?

Dan insyaAllah kali ni memang nak istiqamah. Nak guna sampai habis. Apa cara sekalipun, memang akan habiskan jugak.

Kalau tak habis, jangan panggil nama Fadzilah. Panggil nama lain. Hahaha… boleh gitu?

Tapi serius ni. Kali ni memang serius. Dah nak masuk umur 32 tahun. Kalau tak serius sekarang, memang dah takde peluang kedua.

Hmm semangat tak?

Cer komen sikit untuk tambahkan semangat saya. 🙂

7 thoughts on “Tak Istiqamah..

  1. Jie pun nk exercise

    Kah kah..ngamuk betul..ingat lagi time study dulu ada masa diet ko minum air masak je kejenye…

    Herbalife 5-6 bulan? Mmg poyo…tapi poyo betul betul la k..sy nak kurus gak tp masih bf baby so jadi poyo tak poyo..kah kah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *