Entri Tertangguh : Tak Ingat Hari..

Saya ingatkan hari ni hari Selasa. Rupa-rupanya dah hari Rabu.

Cepat sungguh masa berjalan.

Hari Isnin bertugas di Jusco Permas. Malam shoot.

Hari Selasa bertugas di Jusco Bukit Indah.

Hari ni sepanjang hari relax sikit tapi petang ni bertugas di Jusco Permas pulak.

Tapi Alhamdulillah dah dapat staf baru untuk Jusco Permas.

 

Hari ni saya berbual dengan dua orang insan yang kaya raya.

Sorang ada pendapatan pasif setiap bulan lebih RM20,000. Sorang lagi usahawan berjaya yang mana syarikatnya ada 14 cawangan. Memang hebat sangat.

Apa yang saya dapat simpulkan adalah setiap orang ada masalah. Setiap orang ada perasaan sedih, risau dan keliru.

Satu lagi, setiap orang pun boleh berjaya. Sebab tak berbeza sangat pun orang yang berjaya dan tak. Kadang-kadang orang yang tak berjaya ni lagi pandai cakap daripada orang yang berjaya.

Ibarat semua orang dah ada payung dan sampan. Cuma tinggal nak dayung atau taknak je untuk sampai ke destinasi.

Sekarang ni saya dayung dengan kuat dan gigih. Setiap hari mendayung.

Anda bagaimana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *