Susah Masa Mengandung

Dari semalam rasa tak selesa dan sakit yang menyucuk nyucuk.

Nak berdiri lama lama tak larat.

Duduk pun tak selesa.

Baring pun serba tak kena.

 

 

Dan hari ni bila fikir fikir balik memang banyak pengalaman susah masa mengandung.

 

 

Masa mengandung anak pertama, dari segi kesihatan agak baik walaupun ada masalah angin jugak.

Disebabkan saya mengandung sejurus habis belajar, saya cepat cepat cari kerja dan terus terima tawaran pertama yang saya dapat walaupun cuma sebagai Technician sedangkan saya ada ijazah.

Kalau nak demand demand nak tunggu tunggu kang langsung orang taknak amik sebab kandungan makin membesar.

Masa ni saya sorang je yang kerja dan suami masih belajar jadi finance sangat tight dan saya selalu OT untuk tambah pendapatan.

Kerja syif.

Time syif malam tu ngantuk sangattttt especially bila kandungan dah cecah 8 bulan macam tu.

Penatnya duduk tercongok repair board.

 

 

Masa mengandung anak kedua, tempat kerja agak jauh sekitar 35 – 40km dari rumah. Kalau naik kereta duit habis untuk isi minyak je. Jadi end up saya pinjam motor anak sedara dan bawak motor je sampailah kandungan mencecah 6 bulan.

Lepas tu kami pindah ke area berdekatan tempat kerja saya dan suami saya pulak yang kena travel jauh.

Pernah motor bocor dan saya bebetul takde duit untuk tukar tiub sampaikan pekerja bengkel pinjamkan duit dia dulu.

Pernah isi minyak sebanyak 50 sen sahaja walaupun rasa malu sangat dengan pekerja stesen minyak.

Bila balik malam, lalu highway yang sunyi, rasa sedih sangat dan menangis sorang sorang atas motor.

 

 

Masa mengandung anak ketiga, saya baru lepas habiskan Masters di UTM dan merupakan unit trust consultant Public Mutual.

Jadi UTC ni kalau rajin memang masyuk.

Tapi takde basic dan harapkan komisyen semata – mata.

Kalau tak dapat investment baru, takdelah komisyen.

Sebelum mengandung saya aktif buat roadshow sana sini dan saya merupakan antara ejen baru yang tengah naik di Public Mutual Johor Bahru.

Bila mengandung, alahan la, cyst la, angin la. Duduk lama lama takleh. Berdiri lama lama takleh.

Kat rumah pun baring je.

Dan income pun takde.

Pernah sekali pergi ofis Public Mutual dan bila tengok senarai top ejen rasa downnn sangat.

Balik tu menangis.

Rasa sedih dan jeles dengan kawan kawan yang sihat dan buat sales banyak banyak.

 

 

Masa mengandung Yaya pulak dah start buat bisnes Benang Hijau.

Sebelum tu kemain aktif pergi sana sini.

Sebulan 2-3 kali pergi Vietnam.

Pergi Indonesia la. China la.

Siap pergi sorang sorang lagi.

Once dah mengandung, terus melepek kat rumah dan bisnes pun downnn sebab takde produk baru.

Masa ni pun agak stress sebab dah mula ada komitmen bisnes seperti sewa, gaji pekerja dan lain lain.

 

 

Dan kali ni pun jalan cerita hampir sama.

Tapi..

Yang bagusnya..

Selalunya bila dekat dekat nak bersalin semangat saya lain macam dan rezeki pun bertambah tambah selepas bersalin.

Lepas bersalin anak pertama, Alhamdulillah dapat beberapa tawaran kerja yang bagus.

Dan akhirnya saya dapat kerja sebagai Engineer dengan sebuah multinational company di JB.

Disebabkan pengalaman sebagai Test Technician, saya dapat tawaran kerja dan gaji yang lebih baik berbanding kawan kawan yang terus kerja sebagai Engineer.

 

 

Lepas bersalin anak kedua pun best.

Dapat pendedahan tentang perniagaan melalui internet dan saya sertai kursus Irfan Khairi  untuk belajar macamana untuk buat duit dari internet.

Bila dah pandai buat website, dah pandai promote servis di internet, dah mula buat duit, keyakinan makin bertambah dan akhirnya saya berhenti kerja.

 

 

Masa mengandung anak ketiga tu, dekat dekat nak bersalin saya aktif tulis blog untuk promote pelaburan unit trust dan peluang kerjaya unit trust consultant.

Dari situ saya dapat banyak pelabur baru dan juga ejen ejen baru dari seluruh Malaysia.

Sampaikan malam sebelum bersalin pun saya masih sibuk chatting dengan prospek sampaikan laptop terjatuh semasa sakit contraction dan menyebabkan skrin laptop pecah.

Lepas beranak pun terus produktif.

14 hari selepas bersalin pergi pejabat Public Mutual untuk daftarkan ejen baru.

Masa tu suami tolong jaga baby dan anak anak dalam kereta.

Gigih sangat kan.

 

 

Masa minggu minggu terakhir mengandungkan Yaya pun sama.

Masa tulah start jual bawal ruffle yang laku keras sampaikan kena tambah pekerja dari 3 orang menjadi 30 orang.

Tengah tengah sarat mengandung tu pun malam malam saya dok menjahit tudung supaya dapat siapkan order dengan lebih cepat.

Bila dah makin sarat dan pekerja makin ramai saya cuma handle order whatsapp je dan pekerja yang tolong sorting dan packing.

Masa tu setiap hari kami pos lebih seratus parcel tak campur pembelian borong yang mana kami kirim dengan bas.

Meletop dan masyuk sangat.

Dan lepas bersalin pun makin mengganas ke sana sini.

Bukak butik sana sini.

Bisnes makin meletop letop.

Alhamdulillah.

 

 

 

Itulah namanya rezeki anak kan.

Setiap anak yang lahir dah ditetapkan rezekinya.

Tu yang kali ni saya try to be positive.

Taknak stress stress.

Taknak tension tension.

Anggap time tak sihat ni sebagai time rehat.

Time untuk luangkan banyak masa dengan keluarga.

Time untuk tambah ilmu baru.

Time untuk bercinta.

Time untuk fikirkan idea idea baru.

 

 

Target nak baca buku sebanyak mungkin sepanjang mengandung ni.

Dan sekarang ni nak sambung habiskan bucu Think & Grow Rich.

Tinggal lagi 4% je nak habis.

Bye! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.