Supermom

Jumaat lepas kami sekeluarga bertolak ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara suami.

Jumaat malam majlis nikah. Sabtu kenduri di rumah pengantin perempuan dan Ahad kenduri di rumah pengantin lelaki.

Pukul 4 petang bertolak balik ke KB dan Alhamdulillah dahpun selamat sampai.

 

Dalam kesibukan, sempat juga meluangkan masa untuk menyambung bacaan buku Amazon.

Dulu-dulu suka baca buku cepat-cepat. Tapi sekarang ni suka baca slow-slow. Lepas baca, cuba hadamkan ilmu dan idea dari buku tu.

Lagipun nak baca cepat-cepat pun memang tak de masa sebenarnya disebabkan adanya baby yang manja dan asyik melekat.

 

Banyak ilmu tentang bisnes yang saya belajar. Rupa-rupanya bisnes Amazon pun huru hara jugak. Hahhaa.. Ingatkan bisnes saya je yang huru hara.

Memandangkan saya pun buat bisnes online, ada banyak benda yang saya belajar.

Tapi ada satu part yang juga menarik perhatian saya iaitu tentang ibu kepada pengasas Amazon.

 

Ibu kepada Jeff Bezos merupakan ibu yang sangat supportive dan sangat gigih dalam memberi pendidikan kepada anak.

Dia bersungguh-sungguh masukkan anak dia ke program pelajar cemerlang. Pastu rajin hantar anak join pelbagai kelas. Dan juga selalu sokong apa jua yang anak minat.

Inspired sangat nak jadi supermom macam tu. 🙂

 

Dahlah sekarang ni pun dah risau dengan 3 beradik yang asyik main game je.

Malam ni gigih dok mencari kelas-kelas yang sesuai untuk 3 beradik. Alhamdulillah dah dapat info untuk Kelas Renang dan Kelas Seni.

Akan datang insyaAllah nak hantar diorang ke kelas Mandarin dan juga kelas komputer pulak.

Ikutkan hati, nak hantar je Abang Iqbal tu join kelas fotografi dan juga kelas Photoshop. Hahaha.. Tapi macam melampau la pulak kan. Budak tu baru darjah 5. Tu dah terlebih semangat namanya.

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi. Nak rehat dulu sebab esok nak buat meeting dengan lebih 10 orang pekerja baru. Nak bagitau visi dan misi syarikat dan juga terangkan info-info penting berkenaan tugas dan tanggungjawab diorang. Good night! 🙂

2 thoughts on “Supermom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.