Super Short Trip

Alhamdulillah dah sampai di rumah yang manis. 🙂

Trip kali ni memang super short. Sampai Vietnam pukul 4 petang semalam dan pukul 4 petang tadi dah balik ke Malaysia. Kira dalam 24 jam sahaja berpijak di bumi Vietnam. Chewah.. Kemain ayat.

Walaupun sekejap, segala misi berjaya dicapai.

Lagipun bulan puasa ni rasa tak sedap hati nak tinggalkan anak lama-lama. Kesian pada Abang Iqbal dan Abang Adi yang bersahur dan berbuka tanpa kami.

Serius seronok memborong dengan suami sebab boleh memilih sama-sama. Sama-sama bincang. Sama-sama rancang strategi. Dan sama-sama gaduh. Gaduh dalam memilih barang @ corak yang dirasakan cantik. Kalau bab ni, biasanya sayalah yang menang. Tapi kalau suami rasa cantik sangat, dia pun akan berkeras untuk beli jugak.

Antara barang yang kami beli untuk kedai di airport adalah beg. Seronok sangat memilih di kedai beg. Beg besar. Beg kecil. Beg sandang. Serius comel semuanya.

Tapi nervous jugak. Risau tak dapat sambutan sangat.

Esok pagi-pagi akan pergi ke airport Senai bersama budak-budak praktikal iaitu Dila dan Faizah. Diorang ni pandai menyusun barang-barang. Tadi bila saya call diorang, diorang pun dah excited. Tak sabar nak tengok beg dan susun beg.

Sampai rumah, nampak ada banyakkkk sangat bungkusan yang baru sampai dari China. Bungkusan paper bag, eco bag, plastic bag, namecard, label dan tag yang saya tempah semasa ke China pada bulan lepas.

Ya Allah excited sangat. Rasa nak nangis pun ada. Tercapai satu lagi checklist sebagai seorang pengusaha butik.

Okay bye. Nak rehat dulu!

2 thoughts on “Super Short Trip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *