Sunday Blues

Pagi tadi mood ibu mengandung kurang baik. Macam-macam cabaran hari ni melibatkan staf.

Ada seorang staf tak datang kerja. Call tak angkat. SMS tak balas. Last-last saya hangin saya SMS dia cakap lepas ni takyah datang terus. Dah dapat SMS macam tu, boleh pulak dia reply, “Kenapa kak?”

Saya pun malas nak reply lagi. Suka hati ko la labu.

Bila pekerja yang bermasalah tak datang, pekerja lain nampak happy je. Agaknya diorang pun menyampah dengan pekerja yang bermasalah selama ni.

Tengah dok melayan Sunday Blues, tetiba ada tetamu datang. Rupanya tuan rumah datang nak berkenalan.

Alkisah tuan rumah saya ni suami isteri kerja cikgu dan sekarang mengajar di Sarawak. Selalu orang muda mengajar kat sana kan tapi diorang ni dah nak pencen pun. Saje pindah sana nak berubah angin. Adventurous betul.

Memang dari awal masuk rumah ni tak pernah jumpa sebab masa tu dia kat Sarawak. Kebetulan semalam dia balik Kelantan, so dia pun singgah rumah nak berkenalan.

Peramah sangat orangnya. Dan diorang pun sempatlah berkongsi suka duka tinggal kat Sarawak.

Katanya seronok kat sana sebab tenang je. Dalam pekan tu, ada satu je traffic light. Itu pun baru je ada.

 

Pada saya, duduk KB ni dah tenang sangat dah berbanding JB. Rupa-rupanya kat sana lagi tenang. Bolehlah cuba berhijrah ke sana pulak nanti. Hahahaha..

 

Lepas tetamu dah balik, mood dah makin baik.

Lepas tu ada la beberapa pelanggan online dok order Tudung Bawal Naura.

Serius excited sebab produk baru kan. Sebelum ni ada jugak perasaan risau kotlah harga yang diletakkan kurang sesuai. Tapi bila tengok sambutan pelanggan online hari ni, rasa lebih confident.

 

Siang tadi singgah pejabat Mydin Mall Kubang Kerian. Sign agreement dan bagi cek untuk pembukaan cawangan baru di sana bermula 1 April nanti.

Tak lena tidur jugak semalam memikirkan pasal ni. Tapi fikir punya fikir punya fikir, cuba jelah. Kalaulah tak buat dan nanti tetiba kedai lain bukak kat situ dan bisnes dia meletop, mesti saya menyesal tak sudah sebab lokasi yang saya dapat tu sangat strategik dan visible dari laluan utama pengunjung Mydin.

Lagipun kalau bukak butik kat luar, banyak jugak hidden cost di samping bil elektrik yang mahal. So takpe, tawakkal je la.

 

Settle urusan di Mydin, singgah ambil Abang & Adi. Dah hantar diorang kat rumah, saya dan suami pergi restock kain tudung bawal sebab dah ada beberapa warna yang hampir kehabisan stok.

Bila drive slow slow kat sekitar bandar Kota Bharu baru perasan rupanya banyak kedai-kedai kain dan juga pemborong pakaian kat sini. Dah ala-ala Jalan TAR dan Jalan Masjid India pulak. Harga pun boleh tahan murah berbanding di KL.

Esok insyaAllah nak singgah kedai-kedai pemborong kain ni. Nak usha jenis-jenis kain dan juga cuba dapatkan harga terbaik. Biasanya peniaga macam ni boleh bagi harga yang rendah kalau volume besar.

 

Kadang-kadang rasa macam slow sangat progress bisnes saya ni. Macam tak produktif je. Tapi saya target dalam sehari mesti ada aktiviti yang boleh memajukan lagi perniagaan.

Hantar emel pada majalah ke. Buat design baru ke. Order kain dengan supplier ke. Survey tempat untuk outlet baru ke. Berkenalan dengan peniaga yang lain ke. Apa-apa jelah. Yang penting aktiviti yang lain sikit dari kebiasaan.

Bak kata pepatah, if you want to change your future, change your daily habit. So dalam sehari kena juga buat satu benda yang lain sikit.

 

Okay bye!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *