Something Good

Hari ni rasa nak berkongsi pasal quote ni,

Everyday may not be a good day but there is something good in everyday!

 

Kalau nak fikir masalah, cabaran, halangan, ujian, memang rasa nak tido taknak bangun.

Tapi sebenarnya that’s life.

Selagi hidup memang akan ada cabaran.

 

 

Petang tadi saya ada meeting dengan Grafik Designer saya di kafe dan saya terus stay sampai kafe tutup.

Mengada kan.

Nak pergi ofis malas.

Jadi minta team datang meeting di kafe.

Meeting untuk bincang bincang design baru untuk tudung dan baju.

Excited sangat dengan koleksi baru ni.

Macam cantik je.

Macam comel je.

Macam meletop je.

Hihihi!!

 

 

Dan malam ni lepas tutup kafe, pergi makan dengan Abang Iqbal.

Kitorang makan kat kedai tomyam tepi jalan yang tak glamer sangat tapi pada masa tu kedai dia agak ramai pelanggan.

Saya cakap dengan Abang Iqbal, entah entah sale dia lagi banyak dari kafe kita.

Abang Iqbal pun ketawa.

Sebenarnya sekarang Abang Iqbal tengah cuti.

So setiap hari dia akan kerja di kafe.

 

 

Saya tanya Abang Iqbal, apa perasaan dia selepas kerja di kafe.

Katanya dia lebih faham perasaan staff kafe dan faham cara berfikir staf kafe.

Gitulah.

Bagus sebenarnya pengalaman jadi waiter ni.

Its a very humbling experience.

 

 

Makin hari rasa makin sayang dengan Abang Iqbal.

Bersyukur sangat dengan rezeki kahwin awal, dapat anak awal dan sekarang Abang Iqbal dah jadi remaja.

Dulu kan mengandungkan Abang Iqbal masa betul betul baru habis belajar.

Masa tu rasa tak ready sangat.

Sebab belum dapat kerja pun lagi.

Tapi sebenarnya besar sangat hikmah kahwin di usia muda dan dapat anak di usia muda.

 

 

Sekarang ni walau apapun berlaku.

Saya lebih tenang.

Sebab saya faham.

Kadang benda yang kita rasa elok belum tentu elok.

Dan kadang benda yang kita rasa tak elok tu sebenarnya yang elok untuk kita.

Bak kata satu lagi pepatah,

In the end, its gonna be okay.

If its not okay, its not the end.

 

Hehehe..

Okay good night & sweet dreams!

 

 

 

One comment

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge