Sold Out

Hari ni masih tahap super duper busy disebabkan kami dok buat promo gegila shawl dengan diskaun sampai 70%.

Padahal semua shawl tu cantik cantik je pun.

Tapi disebabkan nak kurangkan kategori produk dan nak clearkan semua inventori lama lama, jadi kami jual pada harga gegila sikit.

Biarlah untung ciput.

Biarlah jual bawah harga modal.

Takpelah.

Sesekali bagi reward pada customer dan follower.

Bila instant shawl lace yang siap ada swarovski original kami jual pada harga RM20, memang berdesupppp order masuk.

Kesian gak pada yang tak sempat beli.

Tapi on our part lega sangat bila banyak produk dah sold out dan bolehlah kami remove kategori tu dari website buat selama lamanya. Hihihi..

Ni lah masalah seorang bos yang cepat boring.

Takleh tengok benda yang lama lama sikit.

Sakit mata.

 

 

Dalam kesibukan tadi sempat keluar sekejap bersama Yaya tercinta ke pejabat Public Mutual Cheras sebab nak settlekan beberapa urusan.

Punyalah busy sampai dalam Uber pun bukak laptop.

Time tunggu nombor dipanggil pun bukak laptop.

Dalam perjalanan balik pun bukak laptop.

Drive Uber pun heran gamaknya bisnes apalah mak orang ni sampaikan khusyuk sangat.

 

 

Bagus kan ada servis Uber ni. Rasa cam jimat masa sangat sangat. Sebab masih boleh buat kerja di sepanjang perjalanan tu.

Takyah huru hara nak drive.

Nak parking.

Nak bayar duit parking.

Macam ada personal driver gitu.

 

 

Dari ofis Public Mutual, terus lajak ke Orked Lavender Kafe sebab hari ni kafe kembali beroperasi.

Punyalah lama cuti.

Last berniaga 18 May.

Sebulan setengah kot cuti.

Kesian customer dah ramai dok tanya bila nak bukak.

Nervous gak kot tak de yang datang.

Tapi Alhamdulillah ramai je yang datang dan customer tetap pun ada dalam 4-5 couple.

Siap ada yang dah cakap nak datang lagi esok.

Alhamdulillah.

 

 

Malam ajak manager manager tercinta datang kafe.

Siap pakej ajak grafik designer sekali datang.

So sempatlah sama sama improve kombinasi warna untuk koleksi terbaru satin yang kami akan release next week.

 

 

Eh semangat betul cerita update hari ni kan.

Bukan apa excited sebenarnya sebab macam dah lama tak keluar rumah.

 

 

Tengah tengah super busy yang amat kan.

Tetiba terfikir tentang customer customer yang dok order tudung di siang siang hari ni.

Dorang ni tak de kerja sangat ke.

Atau curi masa bekerja.

Sebab saya punya busy nak makan pun tak sempat (tapi gemuk jugak) 😛

Pastu tadi bila cakap dengan manager, dorang pun cakap benda sama.

Sebab mostly dok bagi alamat ofis.

So sah sahlah kerja kan.

Tapi kalau ada banyak masa untuk pilih pilih.

Order order.

Whatsapp whatsapp.

Sah tak bebetul serius kerja.

Dan tetiba rasa cam tak baik pulak.

Macam bersubahat pulak.

Tapi takdelah buruk sangka dengan semua.

Mungkin ada yang bebetul order time rehat.

Ataupun kerja extra untuk ganti masa.

Ataupun dah lama busy gila dan kali ni baru boleh reward diri sendiri.

 

 

So itulah dia update 6 Julai 2017.

Bad news banyak.

Tapi saya cuba fikir positif.

Bak kata pepatah,

Everyday might not be a good day,

but there must be something good in every day.

Betul tak?

 

 

Okay bye!

Nak sambung buat kerja!

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge