Singgah Sebentar Bermandi Manda..
Semalam bertolak dari rumah sekitar pukul 9 malam. Singgah sekejap di Mersing kerana suami berjumpa kawannya yang ingin membuat pelaburan melalui akaun 1 KWSP. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Sekitar pukul 7 pagi sampai di Terengganu dan selamat menjamu Nasi Minyak. Yummy!
Kebetulan dua orang adik saya ada menginap di Motel Desa, jadi saya singgah untuk tumpang mandi.
Sekali bila tengok swimming pool, terus terjun!!!!!!!!!!!
Umi ajar Abang Adi terapung sambil dibantu oleh Baby Ali
Abang dan Baby Ali standby in case apa-apa berlaku pada Abang Adi
Abang mengaplikasikan teknik apungan sambil menyandar
Malam ni mungkin akan bermalam di Terengganu. Mungkin kerana kebanyakan hotel dah fully booked. Harap-harapnya ada yang masih available.
Kejap lagi nak ke Public Mutual Kuala Terengganu untuk hantar beberapa borang pelaburan klien. Sambil-sambil bermesra dengan staf-staf dan UTC ganu. 🙂
- Nak buat apa dengan daging cincang, telur dan daun sup?
- Sibuk Bekwah..