Sikit Lagi..

Hari ni sebenarnya mood sangat tak baik.

Air mata dah bertakung. Sikit je lagi nak keluar.

 

Masalah pertama disebabkan oleh kos cukai import yang tinggi. Shipping ejen saya dari Vietnam tersilap isi dokumen untuk declare cukai. Harga yang diletakkan lebih mahal dari harga barang yang saya beli dan menyebabkan saya kena cukai hampir RM2300.

Kononnya nak hantar guna udara sebab nak cepat. Shipping cost dalam RM2200. Selalu cukai dalam RM500-RM600. So saya budget total dalam RM3000.

Alih-alih bila dapat tahu kena cukai sebanyak RM2300, memang rasa terkejut sangat.

Bila cek balik, rupa-rupanya shipping ejen tersilap declare. Sepatutnya semalam dah boleh clear, tapi disebabkan masalah ni, belum clear lagi.

Dah dua hari barang tersadai. Dah minta shipping ejen emelkan dokumen baru yang betul, tapi sampai sekarang dia belum emel.

Kalau esok tak emel jugak, nampaknya hujung minggu depan baru dapat.

Sia-sia jelah bayar mahal-mahal. Lebih baik naik kapal je macam ni. Kos pun 1/3 je daripada guna Fedex.

 

Tu satu hal.

Satu lagi masalah lokasi kiosk di KB Mall. Nampaknya lokasi baru ni memang tak okay sebab agak tersorok.

Dah 3 hari pindah, sales harian tak cecah RM100 pun. Hari pertama sales cuma RM39. Semalam dan hari ni sales cuma RM78.

Rasa sedih sangat diperkotak katikkan oleh management KB Mall. Suka hati je diorang suruh kita pindah-pindah tempat dan bagi tempat yang tersorok.

Bila call management, katanya memang dah tak boleh ubah ke tempat lama. Rasa serik sangat dengan KB Mall ni. Rasanya habis kontrak akhir bulan 3 ni dah taknak sambung lagi dah.

 

Semalam kain dari Bandung dah sampai. So hari ni semua staf termasuklah saya dan suami bertungkus lumus memotong dan menjahit shawl.

Tapi hari ni salah satu mesin jahit buat hal. Benang asyik tercabut je. Dari pukul 3 lebih sampai la pukul 5.30 petang, satu shawl pun tak boleh jahit.

Lepas pekerja balik, saya cubalah godek-godek mesin tu. Sampai pukul 8, pun masih tak okay.

Dah pukul 8 lebih barulah okay.

Masa dok membetul-betulkan mesin tu kan, memang air mata dah hampir-hampir menitik dah.

Rasa macam mencabar sangat ujian hari ni.

 

Saya tulis entri ni untuk rujukan saya di kemudian hari dan juga rujukan usahawan lain yang mungkin tengah alami masalah yang sama.

 

Tapi dari masalah-masalah di atas ni, ada banyak hikmah dan pengajaran yang saya dapat.

 

Dalam pukul 9 lebih, saya terbaca kisah anak saudara kawan saya yang diculik siang tadi di Bangi.

Masa tu tetiba rasa insaf. Rasa macam kecik sangat cabaran saya berbanding ujian terhadap keluarga diorang.

Nauzubillah..

 

Tak sanggup kalau perkara yang sama terjadi pada keluarga saya. Tak sanggup nak kehilangan Abang Iqbal, Abang Adi & Abang Ali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *