Sibukkkk

Hari ni entah kenapa mood kurang baik.

Tak baik kan. Padahal banyak je benda untuk disyukuri. Bisnes bertambah baik. Order terus masuk sampai tangan krem membalas mesej.

Sekarang dah ada admin online. Admin bahagian packing pun dah 3 orang. Total production team dah lebih 20 orang.

Padahal baru je dua bulan lepas saya dan suami huru hara buat semua benda. Potong, jahit, lipat, ambil order, cek transaction dan sebagainya.

 

Sekarang ni pun ada department R&D yang akan design produk baru.

17hb ni akan shoot inner dan juga koleksi maira terkini. Serius excited sangat. Rasa bakal meletop.

 

Tapi kan sebenarnya saya sibukkkkk sangat. Kesian juga anak-anak tak ke mana-mana. So hari ni rasa macam tahap wajib untuk bawa anak keluar dan bermalam di hotel.

Konon nak pergi Terengganu. Tapi kalau susah sangat, saya bawak anak tidur Hotel Renaissance kat Kota Bharu jelah. Janji anak-anak boleh mandi kolam dan tidur di tempat lain.

 

Risau ni sebab sibuk sangat sampai tak sempat guna duit gaji. Hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *