Sibuk & Tak Tahu Nak Tulis Apa

Sibuk sokmo. 🙂

Malam ni saya sekeluarga berada di Seri Kembangan. InsyaAllah sehingga Ahad petang.

Dari minggu lepas plan nak bawa anak-anak mandi kolam samada di water park @ hotel. Tapi aktiviti mandi kolam terpaksa ditangguhkan sebab dua hari lepas Abang Adi jatuh dari tangga sampaikan dagu kena jahit.

Mungkin dalam 2-3 bulan lagi baru boleh mandi kolam kot. Bila dah betul-betul baik.

Kedatangan kali ni ada banyak urusan.

1. Nak melawat tapak cawangan Benang Hijau di Shah Alam.
2. Nak melawat cawangan Benang Hijau di Bangi (yang akan mula beroperasi pada 15 April).
3. Nak attend kelas untuk Supervisor Herbalife (sebagai pengguna yang sangat berpuas hati, suami decide untuk serius dalam bisnes Herbalife).
4. Nak beli penimbang ‘magic’ yang boleh cek kandungan lemak, kandungan air dll.
5. Nak hantar produk Herbalife pada kakak saya yang terpengaruh bila melihat perubahan saya.
6. Nak jumpa prospek yang nak menjadi ejen unit trust.
7. Nak bawak anak-anak pergi KidZania.

Harap-harap semuanya berjalan lancar. 🙂

Alhamdulillah dalam minggu ni bisnes sangat bagus. Sambutan di Umall di luar jangkaan. Padahal saya sewa kat situ tanpa mengharapkan sales walk in. Sewa kat situ sebab nak jadikan pusat untuk uruskan barang-barang yang nak diposkan. Rupa-rupanya sambutan sangat baik.

Dan saya pun ada dapat rezeki terpijak dari sumber yang tak dijangka. 🙂

Alhamdulillah.. Alhamdulillah…

Kepada rakan-rakan usahawan yang mungkin sedang susah, sabar tau. InsyaAllah anda pun akan senang.

Income = Time + Value

Kalau kita memberi nilai yang tinggi kepada orang lain, kita pun akan dapat income yang tinggi tanpa menggunakan masa yang banyak.

Tapi kalau kita kurang memberi nilai kepada orang lain, kita perlu gunakan masa yang banyak.

Nak tambah nilai, kita kenalah sentiasa belajar dengan membaca, menghadiri seminar dll.

Kalau anda terus menambah nilai diri anda, percayalah income anda akan terus meningkat walaupun anda tidak menggunakan masa anda.

Eh, tajuk kata tak tahu nak tulis apa. Hahaha…

Okaylah tu je. Bye! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *