Sibuk Sibuker Sibukest

Hari ni bagus. Produktif sangat.

 

Semalam tak boleh tidur. Dalam pukul 2 pagi baru tidur.

Pagi tadi pukul 6.30 dah keluar untuk hantar suami ke airport dan seterusnya hantar anak-anak ke sekolah.

Serius ngantuk sangat sampaikan saya tido dalam kereta hampir setengah jam di tempat parking kereta sekolah anak.

 

Pastu balik rumah sibuk uruskan (atau dengan kata lainnya bagi arahan) shawl baru yang nak dihantar ke Bangi.

Pastu saya sibuk memotong dan menjahit shawl. Pastu sibuk uruskan order online.

 

Pastu sibuk melayan pelanggan yang call @ SMS @ WhatApp. Ada seorang pelanggan yang menelefon dengan tujuan nak tanya pasal tempahan baju. Pastu dia dok memuji muji Benang Hijau. Katanya kalau kat Bangi tu dia suka sangat pergi butik Benang Hijau sebab harga sangat berpatutan berbanding butik lain.

Dia pun dah promote pada anak beranak dia dan Alhamdulillah sekarang semua pun dah suka shopping di Benang Hijau.

Happy sangat dapat panggilan macam ni. Senyum lebar sampai ke telinga. 🙂

 

Pastu sibuk berurusan dengan supplier dan shipping ejen.

 

Dalam pukul 2 lebih masuk bilik kononnya nak berehat sebentar tapi Alhamdulillah dapat order bertalu-talu sampaikan tak sempat nak pejam mata.

Pukul 4 lebih keluar ambil anak kat sekolah. Dalam perjalanan pergi, sibuk berbual dengan Ali yang bercita-cita nak jadi bomba.

Pastu dalam perjalanan balik sibuk berbual dengan Abang Adi dan Abang Iqbal pulak.

 

Sampai rumah, sibuk bagi arahan tentang barang yang nak dihantar ke Johor dengan bas malam ni.

Pastu berehat sebentar sambil-sambil rancang strategi untuk production shawl terbaru.

 

Pukul 8 lebih keluar rumah dengan Cik PA ke stesen bas untuk kirim shawl ke Johor. Biasanya driver minta RM20. Tapi malam ni barang banyak dan driver mintak RM60. Nasib baiklah driver pun baik hati tolong ambil barang kat bonet kereta.

Pastu singgah KB Mall untuk interview staf  baru (alkisah pekerja sebelum ni berhenti mengejut semalam sebab kononnya pakwe lama ugut nak simbah asid dan dia takut nak pergi kerja).

 

Dah siap interview pekerja baru, bawak Cik PA singgah makan tomyam dan sibuk bercerita dengna Cik PA.

 

Pendek kata, hari ni saya rasa sangat sibuk. Tapi hakikatnya Cik PA 2 @ 3 kali ganda sibuk sebab dia la yang uruskan semua.

Bersyukur sangat dapat Cik PA yang cekap dan boleh diharap. Tanpa Cik PA siapalah saya. Hihihi..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *