Sibuk Seperti Biasa

Ahad malam pergi KL. Tidur di outlet Seri Kembangan buat kali terakhir.

Isnin pagi clearkan semua barang dalam kedai. Pastu pulangkan kunci pada owner.

Pastu pergi ke Bangi.

Pastu pergi ke Telekom Malaysia untuk buat line telefon di Bangi.

Dekat dua jam menunggu.

Pastu pergi semula ke Bangi. Kononnya nak pergi Shah Alam tapi tak sempat sebab ada kawan datang ke kedai untuk bincang-bincang tentang barang dia yang dia hantar untuk consignment.

Dah settle semua urusan dalam pukul 8.30 malam. Nak pergi Shah Alam pun sure tak sempat. Jadi kami singgah makan dan terus balik semula ke Johor.

Sampai rumah dalam pukul 3.30 pagi. Penat sangat.

Saya terus check in flight utk ke KL dan seterusnya ke Vietnam.

Pastu tidur.

Pastu terbangun dan tengok jam dah pukul 6.15 pagi.

Kiranya dah terlambat untuk ke airport. Pendek kata dah terlepas flight JB-KL.

Kalau betul-betul nak pergi, boleh je drive ke LCCT.

Tapi sebenarnya badan pun tak larat nak travel. Dan kat Malaysia ni pun ada banyak urusan yang perlu disettlekan. So takpelah.

Pukul 9 pagi keluar dengan suami ke bandaraya JB. Ada urusan dengan Maybank. Pastu singgah Plaza Larkin. Pastu singgah outlet Benang Hijau Permas Jaya. Hantar stok baru dan buat perubahan pada susunatur barang di outlet.

Kat depan outlet saya ni ada kedai baru. Kedai salah seorang peserta trip borong ke Vietnam.

Memang saya suka share ilmu bisnes. Tapi mungkin hati saya ni tak baik sangat kot. Sebab saya pun rasa kurang gembira bila dia bukak kedai betul-betul depan kedai saya.

Sebanyak-banyak shopping mall di Johor Bahru ni, kenapa mesti bukak depan kedai saya.

Memang selama ni ramai orang terdekat yang marah bila saya bawa rombongan ke Vietnam dan berkongsi maklumat-maklumat penting bisnes saya. Tapi saya tak endahkan. Saya rasa gembira dapat berkongsi ilmu.

Tapi bila peserta saya membuka kedai di hadapan kedai saya dan menjual produk yang sama dengan saya, barulah saya faham kenapa orang terdekat marah dengan saya. Mereka marah kerana mereka taknak orang lain mengambil kesempatan di atas kebaikan saya dan potong ‘line’.

Okay bye!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *