Sibuk Hantar Barang

Seronok sangat mengarang proposal tadi.

Sebenarnya saya pun tak tahu sangat apakah rupa bentuk proposal yang sebenar. Apa yang nak kena masukkan. Kena ada pengenalan ke. Kena ada penutup ke. Memang blur.

Tapi belasah je lah.  🙂

Yang saya buat tadi..

1. Pengenalan Syarikat

2. Maklumat Produk

3. Harga Produk

4. Gambar Produk

5. Kaedah Promosi

6. Lokasi

7. Contact Information

 

Gitu la lebih kurang.

Tapi serius seronok mengayat tadi. Sampaikan tergendala semua urusan lain yang nak dibuat pada waktu pagi.

 

Lepas emelkan proposal, saya pun keluar bersama suami, Adi & Ali. Pergi ambil bibik baru. Alhamdulillah gembira dapat pengganti yang lebih baik dari Saphira. Buat masa ni la kan. Lepas ni memang tak tahu lagi. Tapi malas nak fikir lebih-lebih. Enjoy the moment je.

Pastu singgah di Jusco Bukit Indah untuk hantar kain baru dan juga baju kurung koleksi terkini.

Kat sini ada dua orang staf. Walaupun kiosk je, tapi sales agak rancak dan memang rugi kalau cuma ada seorang staf. Walaupun kena bayar gaji lebih, tapi bila kira-kira balik, jauh lebih untung sebab lebih produktif.

Senang cerita, katakanlah gaji seorang staf dalam RM50 sehari. Kalau dalam sehari, penambahan seorang lagi staf dapat bantu buat jualan lebih RM50, memang lebih menguntungkan la.

Sebab kalau seorang staf je, nanti pasti ada masa kiosk tu kosong contohnya bila dia ke tandas @ surau @ makan.

RM50 tu ibarat jual shawl 1.5 helai je. Pastu pulak, pelanggan selalu datang ramai pada waktu tengahari dan petang. Jadi kalau seorang staf, mungkin agak susah untuk handle pelanggan yang ramai pada satu-satu masa.

Jadi kepada para peniaga, jangan kedekut sangat untuk ambil pekerja yang lebih ramai. InsyaAllah pasti berbaloi-baloi untuk kita. Di samping dapat bagi peluang kerja pada orang lain.

 

Kat Jusco Bukit Indah ni saya stay lama jugak sebab buat perubahan sikit pada susunan barang.

 

Lepas tu singgah makan steamboat di Johnny’s. Dan seterusnya balik rumah.

 

Disebabkan terlalu penat (mungkin penat semalam belum hilang), saya tertidur di sofa. Yang bestnya, bila bangun, nampak keadaan rumah yang jauh lebih kemas. Yeay!!

 

Dalam pukul 6 petang keluar lagi untuk hantar barang-barang baru ke semua outlet.

Umall -> Jusco Taman Universiti -> Airport Senai -> Jusco Permas

 

Pukul 10 baru balik dari Jusco Permas. Kononnya nak cari tempat makan sedap di Senibong tapi tak jumpa. Adoi.. malu nak mengaku sebenarnya. Orang luar pun ramai je yang selalu pergi tapi serius saya tak pernah sampai di Senibong.

Suami nak makan Sup so kami singgah makan di Sri Putri berdekatan Restoran Lokman.

 

Lepas tu, balik rumah yang manis tapi sayangnya Baby Ali yang manja dah tidur. Tinggal Abang & Adi yang kurang manja je.

 

So saya pun bukaklah laptop ni dan mula mengarang untuk bacaan diri sendiri di masa akan datang dan juga untuk bacaan para pembaca yang mungkin berminat nak tahu bagaimanakah kehidupan seorang usahawan kain baju yang berimpian besar.

 

Esok pulak plan nak ke SSM, pejabat buruh, pejabat MARA dan pelbagai jenis pejabat yang berkaitan.

 

Bye. Selamat malam!  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *