Sibuk Dengan Kerja Baru..

Saya sibuk dengan kerjaya baru. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog. Bukan niat saya untuk tak fokus kepada kerjaya sebagai UTC, tetapi saya memilih kerjaya ni demi keluarga dan anak-anak.

Kerjaya yang dimaksudkan adalah sebagai tukang masak profesional untuk sebuah rumah di Taman Pulai Utama. 🙂

Dulu jarang masak. Jadi bolehlah buat review restoran sana sini. Walaupun income masyukkkk, duit makan pun sama naik.

Sejak balik dari Guangzhou, saya berubah. Saya lebih banyak meluangkan masa untuk memasak makanan yang enak, sedap dan pastinya lebih bersih untuk keluarga.

Saya ingin suami dan anak-anak menghargai saya sebagai seorang ibu yang sangat sangat pandai memasak dan lebih prefer masakan saya berbanding makanan lain.

Nak kata bila saya masak, selera makan saya bertambah pun, tak jugak. Ada kalanya saya langsung tak makan. Macam cerita P Ramlee, cuma ambik bau je. 🙂

Yang bestnya bila masak sendiri, kita boleh makan apa yang kita betul-betul suka. Maklumlah kalau kita mengharapkan nak makan di sesebuah tempat, adakalanya tempat tu tutup, atau dah tak jual makanan tu, atau makanan tu dah habis masa kita sampai atau tak mencapai expectation kita.

Tapi bila kita masak sendiri, semuanya di tangan kita. Betul betul?

Kepada ibu-ibu bekerjaya, jom sama-sama jadi tukang masak profesional! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *