Sibuk Berdua..

Pagi-pagi saya dan suami hantar Saphira ke klinik untuk ujian FOMEMA.

Sementara menunggu Saphira, kami pergi ke kedai barangan display untuk beli patung kepala untuk photoshoot tudung.

Lepas tu, hantar Saphira ke rumah dan kami ke Maybank untuk urusan akaun bank syarikat.

Lunch dengan Nasi Beryani yang sungguh enak dan seterusnya balik ke rumah sekejap untuk solat. Sempatla terlelap sekejap. 🙂

Lepas tu pergi ke Umall untuk berjumpa Mall Manager bagi urusan booking kedai yang baru. Tadi dah bayar booking dan insyaAllah 1 Mac nanti kedai Benang Hijau akan berpindah ke Lot 39 di tingkat bawah yang lebih strategik berbanding lokasi sekarang.

Habis urusan di Umall, saya dan suami pergi ke Digi Centre di Taman Molek dan seterusnya singgah di Sekolah Rendah Islam Hidayah untuk mengambil Abang Iqbal yang ada latihan silat.

Fuh… sibuk sungguh rasanya sepanjang hari ni. Tapi happy sangat dapat berdua-duaan dengan suami di sepanjang hari.

Saya nak sangat habiskan sebuah buku bertajuk Socialnomics. Buku ni tentang macamana nak gunakan Social Media untuk bisnes. Sangat menarik. Saya memang bawak buku ni dalam beg kononnya nak membaca dalam perjalanan dan jika ada kelapangan.

Tapi bila bersama suami, samada dalam kereta atau sambil menunggu, suami tak bagi baca sebab dia boring bila saya tak layan dia berbual. Hmmmm… suka! 🙂 Rasa disayangi sangat! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *