Sibuk Bekwah..

Kepada yang mungkin belum tahu, bekwah adalah kenduri. 🙂

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara suami. Sehari sebelumnya sibuk dengan persiapan dan semalam sibuk membantu melancarkan perjalanan majlis.

Tapi saya tak sesibuk kakak-kakak ipar dan saudara mara yang lain. Maklumlah saya kan ada anak kecik. Jadi kenalah jaga anak supaya sentiasa selamat. Hehehhe.. 🙂

Hari ni agak santai. Dan mungkin nak jumpa bakal business partner di Kota Bharu. Esok pulak nak menghantar pengantin di Gua Musang dan seterusnya menuju ke Cameron Highlands.

Kepada adik-adik yang masih belum berkahwin, kalau berimpian nak kaya, baik bekerja keras dari sekarang. Jadi boleh pergi ke mana-mana pada bila-bila masa tanpa menunggu cuti sekolah.

Saya ni agak lambat sikit sebab dah ada anak yang bersekolah. Tapi Alhamdulillah… bersyukur sangat sangat dengan kejayaan yang dikecapi sekarang. At least anak-anak masih kecil dan tak merasa hidup susah.

Ok bye. Nak bersiap-siap dulu. Sampai jumpa lagi.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *