Setiap 7hb

Saya mendapat gaji dari Public Mutual.

Dan saya juga perlu membayar gaji para pekerja.

Kalau duit tengah kencang, bayar gaji dengan bahagia.

Tapi kalau duit paras-paras hidung, memang terasa la jugak.

Dahlah sekarang jumlah pekerja dalam payroll dah mencecah 119 orang. So gaji pun boleh tahan jugaklah. 🙂

 

Kalau boleh nak jadi bos yang baik. Yang mesra. Yang boleh dibawa bergurau.

Tapi sejujurnya sekarang ni ada pekerja yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa. Tak tahu nama.

Ada juga pekerja di outlet yang dah kerja beberapa bulan. Dan berhenti sebelum kami sempat berjumpa.

 

Dalam berbisnes ni, mood turun naik.

Ada masa semangat sangat. Idea mencurah-curah. Nak buat tu, nak buat ni. Rasa berani sangat nak buat apa-apa. Rasa macam unstoppable.

Ada masanya lemau je. Rasa lemah je. Rasa tak yakin. Rasa risau. Rasa fragile.

 

Antara cabaran utama sekarang ni adalah kekurangan stok.

Cawangan banyak tapi stok tak terlalu banyak. Jadi cuma dapat agihkan sikit-sikit je ke setiap cawangan.

So sekarang ni nak berusaha keras untuk pastikan stok sentiasa banyak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *