Setelah 10 Hari..

Hari ni iklan Benang Hijau keluar Metro lagi.

Alhamdulillah ramai yang call. Ramai yang order online. Ramai yang bertanya pasal franchise/ejen/pembelian borong.

Ada jugak yang call nak berkenalan. Yang tak bestnya, ada seorang jantan gatal hantar SMS berbaur lucah.

Teruk sangat.

Siap hantar MMS lucah lagi. Saya memang tak bukak langsung MMS tu dan terus tunjuk pada suami.

Suami yang macho terus call dan sound dia. Dan dia pun hantar SMS minta maaf.

Fuh.. desperate sungguh orang sekarang ni. Agaknya diorang ni main SMS je semua no telefon yang keluar paper.

 

Alhamdulillah dari hari Jumaat lepas saya dah selamat berpindah ke Kota Bharu. Mula-mula sampai, sedih jugak tengok keadaan rumah. Tapi bila dah bersih dan kemas, makin hari makin seronok tinggal kat rumah ni.

Since rumah ni belum pasang internet, kurang la sikit ketagihan anak-anak terhadap internet.

Sekarang ni diorang lebih banyak bergurau senda sama-sama dan jugak main-main di laman rumah.

 

Setiap hari saya dan suami makan di tempat yang berbeza-beza. Konon nak survey tempat makan yang sedap.

Makanan kat Kelantan ni kan serius murah sangat. Ada kuih yang 7 biji seringgit. Kalau kat Johor, kuih tu dalam 3 biji seringgit. Pendek kata, tak terasa sangat perbelanjaan untuk makan.

Beberapa hari lepas tampal iklan untuk cari pekerja di outlet Benang Hijau KB Mall. Ramai sangat yang nak kerja sedangkan saya perlukan seorang staf je. Rasa kesian pulak pada yang tak dapat.

Ada yang memang tak demand gaji. Kalau dapat gaji RM300-RM400 pun takpe. Tapi saya taklah ambil kesempatan. Saya tetap bayar gaji ikut pasaran semasa.

 

InsyaAllah dalam dua minggu lagi nak beli mesin jahit dan seterusnya nak gajikan tukang jahit. Lepas ni nak jahit sendiri je semua shawl. Pertama, dapat kurangkan kos. Dan kedua, boleh produce dengan lebih cepat.

 

Semalam ulang baca buku Think & Grow Rich. First time baca buku ni dalam tahun 2007. Masa tengah buat Masters di UTM.

Masa tu kan sebenarnya kan sengkek sangat. Dia punya sengkek tu sampaikan nak jemput kawan datang beraya pun tak mampu nak hidangkan makanan. Sampai kena fikir banyak kali kalau nak jemput orang datang rumah.

Masa tu saya baru-baru jadi UTC dan saya pun naik bas je untuk ke pejabat Public Mutual di JB. Bas kan selalu berhenti-henti. Sampai tertidur-tidur dalam bas. Pernah jugak jatuh sampai kain koyak dan lutut berdarah sebab nak kejar bas.

Masa kali pertama baca buku ni kan, rasa yakin sangat saya ada potensi untuk berjaya. Masa tu pun dah berangan nak dapat income dalam RM10,000 – RM20,000 sebulan. Rasa macam boleh dapat. Tapi tak tahu lagi macamana caranya.

 

Alhamdulillah lepas 7 tahun, memang betul apa yang saya belajar dari buku tu. Kita memang boleh THINK untuk jadi RICH. Sebab semua perkara yang berlaku pada kita datangnya daripada pemikiran kita.

Bila baca buku ni lagi, rasa jauh lebih bersemangat. Rasa yakin sangat saya boleh dapat apa je yang saya nak. Dan kali ni dah target nak income yang jauh lebih besar. Nak majukan bisnes lagi. Nak sediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Nak kumpul cash. Dan lepas tu mungkin boleh jadi pemaju perumahan pulak. Wohooooo!!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *