Servis Kereta

Sekarang saya sedang berada di Pusat Servis Honda di Taman Suria, Johor.

Kereta dah tahap wajib servis sebab dah banyak sangat berjalan.

Pagi tadi masa call Honda untuk set appointment, staff Honda tanya..

Kereta Puan dah berapa km ya?

Dengan penuh innocent saya jawab,

Saya tak tahu. Tapi memang banyak la..

 

Pastu staf Honda pun gelak dengan riang gembira.

Hahaha..

Tanya lagi. Saya bukannya ambil tahu sangat pasal benda-benda ni. Ni pun nasib baik tolong pergi servis. 🙂

Pergi sini dengan Ali. Tujuannya nak luangkan lebih masa dengan dia. Nak sembang-sembang dengan dia. Nak bergurau senda.

Lepas ni nak singgah jumpa seorang klien yang buat bisnes jahitan. Semalam dia call nak keluarkan semua duit pelaburan. Kebetulan saya tengah mencari tailor tempatan untuk jahit koleksi terkini Benang Hijau. So saya terus setup appointment untuk bincang lebih lanjut.

Lepas tu nak pergi airport Senai.

Lepas tu nak jumpa seorang model untuk bincang-bincang tentang photoshoot Benang Hijau.

Sebenarnya weekend ni plan nak ke KL -> Kelantan untuk hantar barang ke outlet di KB Mall. Tapi suami pulak ada hal pada hari Sabtu. Jadi mungkin saya pergi Kelantan sorang-sorang je. Mungkin naik flight. Mungkin naik bas.

Kadang-kadang rasa stress jugak buat bisnes ni. Rasa macam… Kenapalah aku gatal sangat nak buat semua ni. Kenapalah aku ambitious sangat. Tak boleh ke duduk rumah diam-diam. Hahaha…

Tapi bila kenangkan balik..

Dengan bisnes ni boleh sediakan peluang kerja kepada orang lain. Dengan bisnes boleh tingkatkan ekonomi orang lain. Dengan bisnes boleh bantu pelanggan untuk beli kain, baju dan shawl yang cantik dan sopan.

Jadi insyaAllah saya akan terus bertahan.

One thought on “Servis Kereta

  1. norhafizah semail

    Alhamdulillah. Saya suka tengok Kak Fadzilah berjaya dan terus mencipta KEJAYAAN. Saya SUKA bila dapat membaca blog Kak. Excited dan bermotivasi. Saya berdoa Kak terus berjaya mencipta kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *