Seronok Pulak Bergossip

Pagi tadi ada perjumpaan di Public Mutual JB. Ada sharing dan discussion tentang Recruitment.

Best sangat sesi ni. Tapi saya pun tak dapat bagi tumpuan sepenuhnya sebab sibuk membalas SMS dan PM pelanggan Benang Hijau.

Lepas tu saya lunch bersama-sama beberapa orang rakan UTC yang lain.

Pastu kami pun tergossip (ter bermaksud tak sengaja okay) pasal seorang UTC baru yang tersangatlah banyak cekadak.

Perasan bagus. Poyo. Mulut laser. Tak malu.

Boleh kata semua orang tak suka cara dia.

Dan tetiba saya cakap,

Seronoknya boleh gossip!

 

Hahaha… jahat kan.

Bukan apa, sebelum ni banyak duduk rumah je (selain pergi Vietnam). Jadi bila sesekali dapat hangout dan bertukar-tukar cerita dengan rakan seangkatan rasa seronok pulak.

Alhamdulillah staf dah makin boleh diharap. Bisnes pun dah lebih organize. Dah dapat PA yang super duper best. So lepas ni boleh spend more time utk bisnes unit trust dan seterusnya naik ke pangkat GAM pada tahun ni. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *