Seronok Hantar & Ambil Anak

Dulu dulu rasa pelik dengan ibu bapa yang kerjanya hantar dan ambil anak sekolah.

Macam takde kerja lain je. Macam buat kerja tak produktif. Macam tak pandai delegate kerja kepada orang lain. Macam tak pandai uruskan masa.

Tapi bila dah makin dewasa, bila anak-anak dah makin membesar, saya mula sedar bahawa anak-anak membesar terlalu pantas.

Masa kecik ni la kita nak luangkan masa dengan dia. Sambil-sambil berbual, berkongsi cerita dan juga mengajar nilai-nilai murni.

Sebab tu sekarang ni walaupun ada assistant, saya dan suami tetap hantar dan ambil anak sendiri, kecuali bila kami outstation atau ada hal yang tak dapat dielakkan (termasuklah kes penat sangat selepas dah sibuk ke sana sini).

Jarak antara sekolah dan rumah kami dalam 12km dan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Ali pun sangat excited time nak ambil abang-abang dari sekolah sebab kat situ ada playground yang selesa.

Bila dah sampai rumah pulak, dia terus bukak baju dan terus masuk bilik air sebab nak mandi sama-sama. Kadang-kadang abang belum masuk rumah tapi dia dah standby dalam bilik air. Hihihi..

Ali ni suka sangat mandi. Dalam sehari paling kurang pun 3 kali. Tu pun pantang masuk bilik saya, terus nak bukak baju dan cakap,

Ali baru mandi sekali. Ali kena mandi lagi.

 

 

Kat sekolah tu ada juga pelajar yang dihantar dan diambil oleh driver. Tapi bila tengok muka diorang, monyok je.

Bersyukur sangat kami diberikan kelapangan masa untuk hantar dan ambil anak setiap hari.

Dahlah kat Kelantan ni banyak gerai kuih muih yang sedap sedap. Jadi on the way pergi dan balik tu sempatlah jugak kami singgah mana-mana. Hihihi…

 

Dalam dua minggu lepas sementara menghabiskan masa nak ambil anak, kami jalan-jalan ke Mydin Kubang Kerian dan ternampak ada deretan kedai baru kat dalam shopping mall tu.

Bila tanya management, rupanya diorang baru je siapkan kedai tambahan tu dan belum ada penyewa lagi.

Setelah fikir fikir dan bincang bincang, saya book lot kedai tambahan pertama dengan lokasi yang paling strategik.

Sekarang tengah tunggu kelulusan dari pihak Mydin dan insyaAllah kalau tiada halangan akan mula berniaga dalam bulan Mac ni.

Kiranya nanti kedai ni tak jauh sangat dengan sekolah anak. Bolehlah singgah jenguk kedai sementara ambil anak dari sekolah. ­čÖé

 

Sekarang kami buat peraturan baru. Dalam perjalanan pergi dan balik sekolah semua orang kena cakap dalam bahasa inggeris.

Hari pertama tersangat kekok. Maklumlah saya pun jarang practice kan.

Hari kedua kurang kekok.

Dan hari-hari seterusnya anak-anak makin confident dan mula belajar perkataan baru.

 

Cuma kadang-kadang tu time diorang excited bercerita diorang guna BM jugak sebab belum pandai nak sampaikan cerita lengkap dalam bahasa Inggeris.

 

Sebelum pindah ke Kelantan, Abang & Abang Adi pergi sekolah dengan bas sebab jarak antara sekolah dengan rumah dalam 35km.

Perjalanan diorang ke sekolah dalam tempoh 45 minit macam tu. Dalam perjalanan pergi dan balik diorang selalu tertido kepenatan.

Bila fikir balik, rasa kesian pulak kat diorang sebelum ni. Bila dah sampai rumah, penat sangat. Saya pulak sibuk je. Jadi kadang-kadang tak sempat berbual dengan anak-anak.

Alhamdulillah penghijrahan kami ni dapat meningkatkan masa berkualiti dengan anak-anak, merapatkan hubungan dan juga menambahkan lagi keselesaan anak-anak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *